Kurangnya kefahaman terhadap kaedah menentukan awal bulan Ramadhan, awal bulan Syawal dan awal bulan Zulhijjah di Malaysia menyebabkan perselisihan pendapat bagi menentukan awal bulan tersebut. Untuk makluman semua, di Malaysia kaedah yang digunakan bagi menentukan awal bulan Ramadhan, awal bulan Syawal dan awal bulan Zulhijjah adalah Kaedah Rukyah (Melihat Anak Bulan) Dan Hisab (Matematik).
Kaedah Rukyah (Melihat Anak Bulan)
Kaedah ini digunakan selaras dengan sabda Rasulullah Alaihi Salam :-
“ Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berayalah dengan melihat anak bulan. Sekiranya terlindung maka genapkanlah bulan Syaaban menjadi 30 hari.”
Di Malaysia terdapat beberapa tempat yang telah ditentukan tempat-tempat untuk merukyah (melihat anak bulan). Jika anak bulan (hilal) dapat dilihat di tempat-tempat yang telah ditentukan maka esok harinya adalah awal Ramadhan atau awal Syawal atau awal Zulhijjah.
Dahulu semasa awal 80an, kita menentukan Hari Raya Eid Aladha (Hari Raya Korban) berdasarkan hari wukuf di Arafah. Namun fonemena ini telah bertukar sekitar akhir 80an dengan digantikan dengan kaedah merukyah anak bulan Zulhijjah. Ia sebenarnya selaras dengan firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah, ayat 189 yang bermaksud:-
“Mereka bertanya kepada kamu mengenai Hilal, katakanlah Hilal itu ialah penentuan waktu untuk manusia (kalendar) dan penentuan waktu Ibadah Haji”.
Kaedah Hisab (Matematik)
Fonemena cuaca, faktor persekitaran serta lain-lain perkara semasa merukyah anak bulan mungkin menyebabkan anak bulan (hilal) yang sepatutnya dapat dilihat menyebabkan berlaku sebaliknya. Sebagai contoh, cuaca yang mendung atau awan yang menutup anak bulan menyebabkan anak bulan yang sepatutnya dapat dilihat pada masa tersebut gagal dilihat.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah menerima pakai Kaedah Hisab (Matematik) iaitu kaedah kiraan dimana pada masa mencerap anak bulan, adakah anak bulan dijangka dapat dilihat atau tidak. Beberapa kaedah digunapakai dan di Malaysia, kaedah Imkan Alrukyah (disebut Imkanur Rukyah) digunapakai menggunakan perkiraan matematik dimana anak bulan dianggap kelihatan dan keesokan harinya adalah awal bulan hijrah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan di ufuk adalah tidak kurang dari 2 darjah dan
2. Jarak lengkung antara bulan dan matahari tidak kurang dari 3 darjah, atau
3. Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak (permulaan fasa anak bulan baru) berlaku.
Hari merukyah anak bulan Zulhijjah 1432 Hijrah di Malaysia adalah pada 29 Zulkaedah 1432 Hijrah iaitu pada 27 Oktober 2011 (Khamis). Jika anak bulan dapat dilihat pada mana-mana tempat yang telah ditetapkan, maka 1 Zulhijjah 1432 Hijrah adalah pada hari keesokannya. Allah Hu Aqlam kerana ia hanya berlaku pada tarikh tersebut sahaja nanti.
Walau bagaimanapun dengan menggunakan kaedah kiraan, kita boleh menjangkakan sama adalah anak bulan dapat dilihat atau memang sepatutnnya wujud pada tarikh tersebut walaupun cuaca ketika itu mendung.
Kiraan menggunakan kaedah ini ialah dengan mengira masa ijtimak iaitu fasa anak bulan baru berlaku. Diringkaskan pada tarikh 27 Oktober 2011 (Khamis) ijtimak bagi kawasan Kuala Lumpur berlaku pada jam 3.56 pagi. Manakala ijtimak bagi kawasan Sandakan juga berlaku pada jam 3.56 pagi. Ringkasan setelah pengiraan seperti berikut:-
KAWASAN
|
TARIKH & MASA IJTIMAK
|
KETINGGIAN BULAN DI UFUK KETIKA MATAHARI TERBENAM
|
JARAK LENGKUNG ANTARA BULAN DENGAN MATAHARI
|
UMUR BULAN TERBENAM SELEPAS IJTIMAK
|
KUALA LUMPUR
|
27 OKT 2011 JAM 3.56 AM
|
6’ 10’ 57”
(maghrib: 6.58 PM)
-CAPAI-
|
6’ 18’ 30”
-CAPAI-
|
15 JAM 02 MINIT
(TERBENAM PADA 7.25 PM)
-CAPAI-
|
SANDAKAN
|
27 OKT 2011 JAM 3.56 AM
|
5’ 21’ 16”
(maghrib: 5.50 PM)
-CAPAI-
|
5’ 20’ 17”
-CAPAI-
|
13 JAM 54 MINIT
(TERBENAM PADA 6.13 PM)
-CAPAI-
|
KESIMPULAN: ANAK BULAN BOLEH DILIHAT MENGGUNAKAN TELESKOP
Oleh yang demikian, anak bulan Zulhijjah dianggap kelihatan dan keesokan harinya iaitu pada 28 Oktober 2011 kerana memenuhi kenampakan anak bulan (Imkanur Rukyah) yang digunapakai di Malaysia. 1 Zulhijjah 1432 Hijrah adalah pada 28 Oktober 2011 dan Insya Allah....Hari Raya Eid AlAdha iaitu 10 Zulhijjah 1432 Hijrah adalah pada 6 November 2011 (Ahad).
Kontroversi yang berlaku semasa penetapan Hari Raya Eid AlFitri 1432Hijrah yang lalu adalah seperti berikut:-
KAWASAN
|
TARIKH & MASA IJTIMAK
|
KETINGGIAN BULAN DI UFUK KETIKA MATAHARI TERBENAM
|
JARAK LENGKUNG ANTARA BULAN DENGAN MATAHARI
|
UMUR BULAN TERBENAM SELEPAS IJTIMAK
|
KUALA LUMPUR
|
29 OGOS 2011 JAM 11.04 AM
|
1’ 18’ 41”
(maghrib: 7.20 PM)
-X CAPAI-
|
1’ 15’ 37”
-X CAPAI-
|
8 JAM 16 MINIT
(TERBENAM PADA 7.25 PM)
-CAPAI-
|
SANDAKAN
|
29 OGOS 2011 JAM 11.04 AM
|
0’ 33’ 48”
(maghrib: 6.16 PM)
-X CAPAI-
|
0’ 23’ 31”
- X CAPAI-
|
7 JAM 12 MINIT
(TERBENAM PADA 6.18 PM)
-X CAPAI-
|
KESIMPULAN: ANAK BULAN TIDAK BOLEH DILIHAT WALAUPUN MENGGUNAKAN TELESKOP
Oleh yang demikian, anak bulan Syawal dianggap tidak kelihatan pada keesokan harinya iaitu pada 30 Ogos 2011 kerana tidak memenuhi kenampakan anak bulan (Imkanur Rukyah) yang digunapakai di Malaysia. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa di Malaysia Kaedah Rukyah (melihat anak bulan) juga digunakan dan mungkin anak bulan dapat dilihat disalah satu tempat yang ditentukan ketika itu. Allah Hu Aqlam dan yang pasti kontroversi tidak timbul dalam menentukan Hari Raya Korban 1432 Hijrah.
OLEH:
Fadzli Hisyam @ Ay @ jayess11
14 September 2011
No comments:
Post a Comment