Showing posts with label ASTROLOGI. Show all posts
Showing posts with label ASTROLOGI. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

RAHSIA TARIKH KELAHIRAN

Cabang astrologi bukan cabang seperti astronomi. Astrologi adalah kajian berdasarkan statistik beberapa orang yang diuji atau dianalisa.  Rahsia tarikh kelahiran mengikut ZODIAK ini hanyalah sebagai panduan kepada ahli-ahli psikologi…hee…heee... Benar atau tidak, semak pada diri anda sendiri dulu…Saya lahir pada 21 April iaitu Zodiak TAURUS…Hampir 80% ia adalah sikap saya. Sama ada ia kebetulan…Allahu Aqlam…

Tuesday, 8 February 2011

SIFAT ANDA TANAH, AIR, API ATAU ANGIN?

Saya anak ke-lima dan sifat saya adalah tanah. Berikut adalah cara untuk mengenalpasti sama ada sifat anda adalah tanah, air, api atau angin:-
1.        TANAH  - Anak pertama, ke-lima dan ke-sembilan
2.        AIR         -Anak kedua, ke-enam dan ke-sepuluh
3.        API         -Anak ketiga, ke-tujuh dan ke-sebelas
4.        ANGIN   -Anak ke-empat, ke-lapan dan  ke-dua belas

ZODIAK DAN BINTANG


Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian, pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar atmosfera bumi, manakala astrologi adalah tindakan berbentuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan bintang.

Saya lahir pada 21 April dan mengikut horoskop Yunani/ Greek, saya berzodiak Taurus dan bukannya berbintang Taurus. Ini kerana zodiak terbentuk daripada gugusan bintang-bintang yang membentuk gambaran binatang atau benda. Taurus, Sagittarius, Gemini dan 9 lagi adalah zodiak bukannya bintang.  Zodiak adalah buruj tertentu yang hanya kelihatan pada waktu-waktu tertentu sahaja sepanjang garisan matahari iaitu:-