Showing posts with label ASTRONOMI. Show all posts
Showing posts with label ASTRONOMI. Show all posts

Thursday, 12 September 2019

AWAN, ANGIN DAN HUJAN DALAM AL-QURAN


Alhamdulilllah...Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah dari Maha Pencipta. Mana mungkin pengeluapan, angin dan terjadinya awan seterusnya hujan dijelaskan dalam Al-Quran lebih 1,400 tahun yang lalu, MafhumNYA yang bermaksud:



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

22. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
Al-QURAN: AL-HIJR AYAT 22

9. Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya. Dengan (hujan dari awan) itu. sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).
Al-QURAN: AL-FAATIR AYAT 9

ª 48. Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira;
Al-QURAN: Al-RUMM AYAT 48
ó
43. Tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Al-QURAN: AL-NURR AYAT 43



Oleh:

Abe Nohara
12 Septem 2019
Bersamaan 12 Muharam 1441 Hijrah

Thursday, 29 August 2019

AL-QURAN DAN ASTRONOMI


Alhamdulillah...Akhirnya saya dapat menyenaraikan ayat-ayat Al-Quran AlKarim berkaitan peredaran matahari dan bintang-bintang...MafhumNYA yang bermaksud;
                            Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.
Al-Quran: Al-Buruj Ayat 1-20
5. Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). 
6. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
Al-Quran: Yunus Ayat 5-6

Tuesday, 13 August 2019

ZODIAK DAN KEJADIAN 4 MUSIM


Apabila saya meneliti tarikh kelihatan matahari di Zodiak Aries, Cancer, Libra dan Capricorn di Jadual 1; baru saya terperasan ia saling berkaitan dengan kejadian 4 musim dibumi iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk:


ZODIAK

BENTUK

TARIKH KELIHATAN

BILANGAN HARI
ARIES
Kambing biri-biri
21 Mac – 20 April
31
TAURUS
Lembu jantan
21 April – 20 Mei
30
GEMINI
Si kembar
21 Mei – 20 Jun
31
CANCER
Ketam
21 Jun – 21 Julai
31
LEO
Singa
22 Julai – 21 Ogos
31
VIRGO
Gadis yang masih dara
22 Ogos– 22 September
32
LIBRA
Dacing
23 September– 22 Oktober
30
SCORPIO
Kala jengking
23 Oktober– 22  November
31
SAGITTARIUS
Si pemanah
23 November – 21 Disember
29
CAPRICORN
Kambing gurun,
22 Disember– 20 Januari
30
AQUARIUS
Pembawa air
21 Januari – 20 Februari
31
PISCES
Ikan
21 Februari – 20 Mac
28
                              Jadual 1: Tarikh Kelihatan Matahari Di Zodiak

Tarikh-tarikh ini membentuk kejadian 4 Musim yang boleh dijelaskan di Jadual 2:         

TARIKH

HEMESFERA UTARA

HEMESFERA SELATAN
21 MAC
MUSIM BUNGA
MUSIM LURUH
21 JUN
MUSIM PANAS
MUSIM SEJUK
23 SEPTEMBER
MUSIM LURUH
MUSIM BUNGA
22 DISEMBER
MUSIM SEJUK
MUSIM PANAS
                                  Jadual 2: Tarikh Kejadian 4 Musim

Penemuan ini (bagi saya laaa…orang lain sudah tahu lama dah) menguatkan hujah saya sebelum ini di mana saya lebih bersetuju kalender Gregory menggunakan nama-nama Zodiak dan bukannnya April, Mei, Jun, Septem (bermakna TUJUH), Octo (bermakna LAPAN), Novem (bermakna SEMBILAN bukan sebelas) dan Disem (bermakna SEPULUH bukan dua belas). Anda boleh baca dalam blog saya sebelum ini.

Allahu Aqlam.

Nukilan,

Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)
14 Ogos 2019 bersamaan
13 Zulhijjah 1440 Hijrah

Monday, 12 August 2019

ZODIAK, KALENDAR JULIAN DAN KALENDAR GREGORY

Tahukah anda…Septem (September), Octo (October), Novem (November) dan Decem (December) dalam bahasa Latin bermaksud Tujuh (Septem), Lapan (Octo), Sembilan (Novem) dan Sepuluh (Decem). Namun begitu, kenapa dalam Kalender Gregory yang kita gunakan sekarang ia adalah bulan ke-9, ke-10, ke-11 dan ke-12????

Secara asasnya dari sudut Astronomi; Zodiak, Kalendar Julian dan Kalender Gregory adalah sama di mana ia adalah kalendar berasaskan matahari. Ia berbeza dengan Kalendar Hijrah yang berasaskan bulan (Bahasa Arab: Qamar). Kalendar Julian dicipta oleh Julias Caesar dan Kalendar Gregory yang kita gunakan sekarang dicipta oleh  Father Gregory.

ZODIAK DARI SUDUT ASTRONOMI


Sebelum ini saya ada menulis di dalam blog ini berkaitan Zodiak dari sudut Astrologi. Astrologi meramal untung nasib manusia berdasarkan kedudukan tarikh kelahiran. Dari sudut Astronomi, Zodiak digunakan bagi menentukan hitungan berlalunya waktu seterusnya hari di dalam setahun, malahan sebelum kalender Masihi digunakan selepas itu.

Berjuta-juta tahun dahulu (macam filem Star Wars pulak) ; tiada bulan-bulan Masihi seperti Januari, April, Julai, September, Oktober dan lain-lain. Zodiak digunakan sebagai kalender menghitung hari bermula dari Aries, Taurus, Gemini hinggalah Pisces. Zodiak Pisces yang mana bersamaan 21 Februari hingga 20 Mac adalah Zodiak terakhir dalam kalender Zodiak sebelum kalender Masihi diwujudkan. Zodiak Aries yang mana bersamaan 21 Mac hingga 20 April adalah Zodiak terawal dalam kalendar Zodiak.

Tuesday, 18 December 2018

FONEMENA BULAN PENUH DAN AWAL BULAN DENGAN AIR LAUT PASANG


Pada Sabtu, 9 November 2018 bersamaan 1 Rabiulakhir 1440 Hijrah iaitu lagi dua hari lagi sebelum final AFF Suzuki Cup antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Bukit Jalil; kawasan Kuantan, Pahang Darul Makmur hampir mengalami banjir seperti tahun 2013. Alhamdulillah fonemena ini tidak terjadi pada tarikh tersebut kerana hujan lebat hanya seketika. Walau bagaimanapun, pada 13 November 2018 bersamaan 5 Rabiulakhir 1440 Hijrah, kawasan Cherating, Kuantan telah mengalami banjir kerana hujan lebat tidak henti-henti dari awal pagi sampai ke malam.  

Saya membuat andaian berdasarkan pemahaman saya tentang astronomi- jika tarikh 9 November 2018 disusuli dengan hujan lebat tidak henti-henti dari awal pagi sampai ke malam; Kuantan, Pahang juga akan mengalami banjir besar pada tarikh tersebut. Ini kerana tarikh tersebut adalah awal bulan Hijrah dimana berlaku air pasang.

Tuesday, 13 September 2011

10 Zulhijjah 1432 H berdasarkan Imkanur Rukyah

Kurangnya kefahaman terhadap kaedah menentukan awal bulan Ramadhan, awal bulan Syawal dan awal bulan Zulhijjah di Malaysia menyebabkan perselisihan pendapat bagi menentukan awal bulan tersebut.  Untuk makluman semua, di Malaysia kaedah yang digunakan bagi menentukan awal bulan Ramadhan, awal bulan Syawal dan awal bulan Zulhijjah adalah Kaedah Rukyah (Melihat Anak Bulan) Dan Hisab (Matematik).

Sunday, 20 February 2011

TUKAR TARIKH MASIHI KEPADA HIJRAH

Hari ini, 20 Februari 2011 bersamaan 17 Rabiul Awal 1432 Hijrah adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke-39. Saya selalu ingat tarikh 21 April, tetapi saya lupa tarikh ulangtahun saya dalam tahun Hijrah. Ya…surat beranak pun tidak tulis tarikh lahir kita dalam tahun Hijrah. Begini cara kiranya…

1317.663154 (JADUAL 2)  + 75.24037 (73 tahun x 1.03069) + 0.313353 (111 hari [90 HARI + 21 HARI-JADUAL 1] x 0.002823) = 1393.216877
Jadi Tarikh Hijrah adalah =1393
0.216877 x 354 hari = 76.774458 (JADUAL 3) hari dalam bulan Rabiul Awal iaitu tolak 59 hari= 17
Oleh yang demikian, 21 April 1973 bersamaan 17 Rabiul Awal 1393 Hijrah.

Sunday, 13 February 2011

PENENTUAN ARAH KIBLAT

Semasa saya berumur 7 tahun, surau berhampiran rumah saya baru di bina. Ketika itu cara menentukan arah kiblat surau tersebut berdasarkan arah matahari terbenam.  Umumnya, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat; kaedah ini adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari yang terbenam adalah berubah-ubah dan tidak tetap.

Untuk makluman, “istiwa” matahari iaitu matahari berada betul-betul di atas Kaabah hanya akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di dunia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika itu memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Dua tarikh ini sahaja dalam setahun kita boleh menentukan arah kiblat berdasarkan kedudukan matahari hendak terbenam ke arah barat.