Showing posts with label KEWANGAN KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label KEWANGAN KERAJAAN. Show all posts

Wednesday, 7 August 2024

On-Call - ELAUN TUGAS ATAS PANGGILAN (ETAP) KEPADA PEGAWAI PERUBATAN DAN PAKAR PERUBATAN

 

Para 14, Perintah Am (GO) Bab G ada menyatakan Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P iaitu Gred 41 dan ke atas) adalah tidak layak untuk mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa (overtime).

Namun begitu, terdapat beberapa perkhidmatan Kerajaan yang memerlukan Pegawai-pegawai dalam Kumpulan P&P ini melaksanakan kerja melebihi masa waktu bekerja biasa mereka seperti perkhidmatan bomba dan penyelamat, maritim dan polis. Mengambilkira kepentingan ini, Kerajaan Malaysia telah memberi Elaun Khas kepada mereka. Apa yang saya ingat, Elaun Khas RM250.00 telah diberi kepada semua anggota Maritim Malaysia termasuk dalam Kumpulan P&P iaitu Leftenan Muda dan ke atas.   

Para 40, Perintah Am Bab C pula menyatakan seseorang pegawai yang telah diberi Elaun Khas ini adalah tidak layak mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa. Peraturan ini adalah terpakai termasuk kepada Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan (Gred 40 dan ke bawah). Sebab itulah anggota-anggota Maritim Malaysia tidak boleh menuntut elaun kerana bekerja lebihmasa.

Wednesday, 9 December 2020

PENGECUALIAN PENGGUNAAN SISTEM e-PEROLEHAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK5.1: Perolehan Secara Elektronik mensyaratkan penggunaan Sistem e-Perolehan (eP) bagi setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan. Namun begitu, Perkara 8.1, pekeliling yang sama menyatakan terdapat beberapa perolehan yang dikecualikan penggunaan Sistem eP berkuatkuasa 29 Jun 2018 iaitu:

1.Perolehan Pembelian Tanah/ Bangunan serta Sewaan Bangunan/ Ruang Pejabat/ Stor

2.Perolehan Surat Khabar dan Majalah

3.Perolehan Pangkalan Data, Jurnal dan Maklumat ICT Secara Atas Talian

4.Perolehan yang Melibatkan Bayaran Secara Pukal Seperti Bil Elektrik, Air, Telefon atau seumpamanya

5.Perolehan Melibatkan Mata Wang Asing

6.Perolehan dengan Agensi Kerajaan lain seperti Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan atau Agensi Separa Kerajaan yang lain.


Allah hu aqlam…

OLEH :-                                            

Mr Jayess11 @ Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)

10 Disember 2020 bersamaan 25 Rabiul Akhir1442 Hijrah

Thursday, 3 December 2020

PENGECUALIAN KAJIAN PASARAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Arahan Perbendaharaan 169 mensyaratkan kajian pasaran dibuat bagi setiap perolehan Kerajaan. Namun begitu, semakan pekeling terbaru di laman web Kementerian Kewangan mendapati terdapat dapat beberapa perolehan yang mengecualikan kajian kajian pasaran dibuat berkuatkuasa 15 Julai 2019 iaitu:

1.Perolehan Majlis Rasmi Kerajaan kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.1

2.Perolehan Kemudahan Latihan Secara Pakej kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.2

3.Perolehan Latihan Anjuran Kerajaan/ Swasta– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.3

Wednesday, 16 September 2020

PEROLEHAN KERJA


Perolehan Kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu Perolehan Bekalan, Perolehan Perkhidmatan dan Perolehan Kerja. Mungkin ramai yang yang memang sudah mahir dengan Perolehan Bekalan dan Perolehan Perkhidmatan…tetapi bagaimana dengan Perolehan Kerja? Tidak dapat dinafikan hanya yang pernah terlibat secara langsung dengan perolehan kerja sahaja yang boleh menulis mengenainya. Saya pun hanya tahu perkara asas sahaja…Itupun berdasarkan pengalaman 11 tahun yang lalu semasa menguruskan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)…Menguruskan yaa bukan melaksanakan. Mungkin juga ada yang telah berubah dan jika saya salah tolong perbetulkan yaa…Maklumlah saya bukan seorang Jurutera...Macam lirik lagu "aku menulis bukan kerna nama"...Haaa3x...

Jenis Kerja

Kerja terbahagi kepada 3 iaitu:

 

 i.        Kerja Kejuruteraan Awam (CE) & Kejuruteraan Bangunan (B)

ii.            Kerja Kejuruteraan Elektrikal (E)

iii.          Kerja Kejuruteraan Mekanikal (M)

Wednesday, 5 August 2020

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

Assalamualaikum…Hari ini saya nak berkongsi berkaitan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Pekeling yang perlu dirujuk adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah.

Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Cara paling mudah nak tahu siapa layak dapat kemudahan ini mudah sahaja, siapa yang dapat Bantuan Insentif Wilayah (BIW) dalam emolumen setiap bulan- layak dapat kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Kena fahamkan betul-betul takrifan keluarga pegawai, wilayah penempatan, wilayah asal dan bandar utama wilayah asal yaa.

Sunday, 14 June 2020

BIL TNB TINGGI MASA PKB/PKPD/PKPB/PKPP


Assalamualaikum…Hari ini 15 Jun 2020 hari ke 15 saya kena tukar ke Putrajaya dari Kuantan termasuk hari cuti Sabtu, Ahad & cuti kelepasan am. Sebabnya memang saya tak balik lagi ke Kuantan semenjak kena tukar ni…Siapa tak rindu isteri…Tetapi apa boleh buat…Kerajaan baru umum boleh rentas negeri bermula 10 Jun 2020 (dah agak dah mesti jem giler kat Tol Gombak dan Bentong)…InsyaaAllah 18 Jun 2020 start cuti jumpa isteri yang dirindui…

Tak lama sebelum ni (baru jer kot) kecoh-kecoh tentang bil TNB tinggi sebab pembaca bil TNB tak datang tengok meter dalam tempoh PKP/ PKPD/ PKPB/ PKPP ni…Malas nak layan sebab masih rindu kat isteri yang jauh…Haaa3x…SEBENARNYA perkara ini saya dah buat perkiraan semenjak TNB nak perkenalkan bil 2 bulan sekali berkonsepkan prorata (prorate) berbanding bil tiap2 bulan sebelum ini lagi…Hasil kajian saya (macam buat tessis PHD pulak) tak rugi konsep prorata TNB ni…Sebelum tu fahamkan dulu JADUAL TARIF DOMESTIK di bawah ini (Oh yaa…Ini tariff domestik biasa sebelum kiraan diskaun yaa oleh TNB semasa PKP diumumkan oleh PM..Kalau ada diskaun lagi rendahlah kena bayar macam kiraan saya paling last tu):


KATEGORI TARIF
JUMLAH TERKUMPUL
KADAR PER kWh
RM
200 kWh pertama
200 kWh
RM0.218
100 kWh berikutnya
300 kWh
RM0.334
300 kWh berikutnya
600 kWh
RM0.516
300 kWh berikutnya
900 kWh
RM0.546
901 kWh selepas itu
901 kWh hingga seterusnya
RM0.571

Wednesday, 18 December 2019

ELAUN GANGGUAN KAKITANGAN KERAJAAN


Apabila nak menulis mengenai Elaun Gangguan Kakitangan Kerajaan; saya merasakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 adalah terlalu lama. Tahun 1998…Pulak tu Pekeliling ni hanya 2 mukasurat sahaja… Berkenaan Elaun Gangguan hanya di para 4.1 sahaja.

Untuk makluman, Elaun Gangguan ini hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan yang bertukar Wilayah sahaja…Takrif “Wilayah” adalah bertukar dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan. Senang cerita, orang Semenanjung Malaysia bertukar ke Sabah atau Sarawak atau Labuan dan sebaliknya...Jadi layaklah mereka dapat elaun ni...Oleh itu, orang Johor sebagai contoh bertukar ke Pahang tak dapat la elaun ni. 

Wednesday, 28 August 2019

PEMBERIAN GERAN TAHUNAN BERASASKAN KAEDAH KESEIMBANGAN (GTBKK) OLEH KERAJAAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG
1.1.      Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu mengikut peruntukan di bawah Perkara 109 (3); Kerajaan dengan undang-undang memberi  satu pemberian dengan maksud-maksud tertentu kepada mana-mana Negeri mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang itu.

1.2.      Di bawah tafsiran ini, pemberian yang dimaksudkan adalah merupakan satu bantuan dalam bentuk kewangan kepada Negeri (Pihak Berkuasa Tempatan) yang akan diberikan dan ianya diistilahkan sebagai Geran Tahunan Berasaskan Kaedah Keseimbangan (GTBKK).

1.3.  Pemberian GTBKK juga adalah mengikut kepada Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan) 1981 (Akta 245).

Tuesday, 13 August 2019

NAIKTARAF MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN KEPADA MAJLIS BANDARAYA KUANTAN


Sebenarnya, cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) adalah isu lama; cumanya sekitar tahun 2011 Menteri Besar ketika itu memaklumkan belum masanya MPK dinaiktaraf kepada MBK. Bukan isu kriteria-kriteria Bandaraya yang belum dicapai oleh MPK untuk menjadi Bandaraya tetapi kalau tak silap saya isu kesesakan lalulintas. Allahu Aqlam hanya MB (sekarang bekas MB) yang tahu kenapa beliau tidak setuju ketika itu. 

Keperluan menukar taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperuntukkan di Seksyen 4 (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri, setelah berunding dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan tersebut; seterusnya melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar taraf sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.


Menurut Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 Tahun 2008; kriteria naik taraf Majlis Perbandaran kepada Majlis Bandaraya adalah seperti berikut:-

Monday, 5 August 2019

PRIVATE FINANCE INITIATIVE (PFI)


Di Malaysia, nama lain PFI adalah PPP: Public Private Partnership (Perkongsian Awam-Swasta). Terma PFI dan PPP digunakan saling bertukar ganti di mana PFI adalah merujuk kepada PPP apabila pembayaran dibuat sendiri oleh pengguna iaitu Kementerian/ Jabatan Kerajaan terus kepada penyedia perkhidmatan/ pembekal/ kontraktor.

Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) telah diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) yang memperuntukkan belanjawan negara untuk semua sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010 bagi membiayai projek-projek pembangunan. Dalam masa yang sama, Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan ditubuhkan bagi memacu pembangunan infrastruktur melalui modal swasta. 

Wednesday, 20 March 2019

PANJAR KHAS KAPAL DAN RANGSUM (MILITARY RATIONS)


1.    TUJUAN

1.1                Menerangkan mengenai Panjar Khas Kapal dan Rangsum (Military Rations) di Malaysia.


2.    DEFINASI

2.1         Panjar Khas Kapal

2.1.1.          Panjar Khas Kapal adalah wang tunai yang diperuntukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan bertujuan untuk menyegerakan pembayaran rangsum kepada petugas kapal bagi tujuan operasi, latihan atau eksesais secara pendahuluan bagi keperluan anggota yang bertugas di kapal semasa menjalankan operasi. Rangsum yang dibayar adalah menggantikan elaun makan/ elaun harian, elaun sewa hotel/ loging. Oleh yang demikian, anggota tidak layak menuntut elaun-elaun ini kerana kapal Maritim dan TLDM telah disediakan bilik penginapan dan dapur untuk memasak sepanjang operasi.

2.2. Rangsum

2.2.1.        Diberi kepada pegawai dan anggota Maritim serta tentera yang menjalankan tugas operasi serta hanya diberi sekiranya sumber bekalan makanan biasa tidak dapat diberikan melalui prosedur biasa kerana kedudukan mereka yang terpencil dan sukar atas sebab-sebab keselamatan operasi yang dijalankan.

Monday, 17 December 2018

PERAKAUNAN AKRUAN PBT: PENYERAGAMAN KE ATAS DENDA LEWAT CUKAI TAKSIRAN PBT


Pendahuluan

1.   Cukai taksiran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sepatutnya dibayar selewat-selewatnya akhir bulan Februari atau bulan Ogos. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran selepas tarikh tersebut bersama-sama Notis Borang E.



Latarbelakang

2.   Kenaan denda kerana lewat membayar cukai taksiran ini adalah tidak seragam di Pihak Berkuasa Tempatan. Malahan, terdapat juga Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenakan “denda ke atas denda yang terdahulu” dan prinsip ini boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dicabar di mahkamah.


Pelaksanaan

3.         Sehubungan itu, dicadangkan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia perlu mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran yang seragam seperti cadangan berikut:-


TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN


DENDA LEWAT
RM 100.00 DAN KE BAWAH
RM 2.00
RM 100.01 HINGGA RM 200.00
RM 3.50
RM 200.01 HINGGA RM 300.00
RM 5.00
RM 300.01 HINGGA RM 400.00
RM 6.50
RM 400.01 HINGGA RM 500.00
RM 10.00
SETIAP PERTAMBAHAN RM 100.00 BERIKUTNYA
DICAMPUR RM 2.00


PERAKAUNAN AKRUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN: PERUNTUKAN HUTANG RAGU DAN HUTANG LAPUK


Pendahuluan:

Suatu ketika dahulu (tak la lama sangat), ketika saya membuat akaun dan bekerja di PBT Q; pihak audit meminta saya membuat peruntukan hutang ragu dan mengakaunkan hutang lapuk cukai taksiran (cukai pintu). Saya menjelaskan bahawa mengikut Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), cukai taksiran adalah hasil yang tidak perlu dibuat hutang lapuk kerana PBT Q boleh mensita harta alih pemilik dan dilelong untuk membayar tunggakan cukai pintu. Walau bagaimanapun, pihak audit menjelaskan hutang lapuk adalah keperluan perakaunan untuk mengakaunkan hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang. Akur dengan pandangan audit, berikut adalah tatcara mengakaunkan peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk.


Definasi

 Satu anggaran hutang yang tidak dapat dikutip.

Ia adalah BELANJA dan boleh menjadi HASIL

Bertujuan memadankan hasil dengan belanja perniagaan serta menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk.

Akan mengurangkan penghutang di Lembaran Imbangan (Balance Sheet). Aset Semasa: Penghutang – Penghutang Hutang Ragu.

PERAKAUNAN AKRUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT): TATACARA MENGAKAUN ASET DALAM PEMBINAAN, SUMBANGAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN DAN SUMBANGAN KERAJAAN TERTUNDA


TUJUAN

1.      Kertas Cadangan ini adalah bertujuan mencadangkan tatacara mengakaun Aset Dalam Pembinaan, Sumbangan Kewangan Kerajaan Negeri & Persekutuan dan Sumbangan Kerajaan Tertunda melibatkan aset yang dibiayai sama ada dari peruntukan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

LATARBELAKANG

2.         Beberapa istilah penting diperjelaskan seperti berikut:-

2.1.      Aset Dalam Pembinaan

“Aset Dalam Pembinaan” bermaksud pembinaan atau projek yang akan diiktiraf sebagai Aset Tetap apabila ia siap. Ia merupakan aset yang masih di dalam pembinaan atau pembangunan aset yang masih dalam kemajuan sesuatu projek. Lazimnya, sesuatu projek melibatkan aset mengambilmasa melebihi tempoh satu tahun kewangan untuk disiapkan dan dinamakan Aset Dalam Pembinaan atau Aset Dalam Kemajuan atau seumpamanya. Terdapat dua (2) keadaan bagi Aset Dalam Pembinaan bagi PBT iaitu:-

a.    Melibatkan peruntukan PBT sendiri
b.    Melibatkan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan

2.2.      Sumbangan atau Bantuan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjana ekonomi dan kemajuan negara dalam bentuk waran peruntukan dan tunai. Terdapat dua (2) keadaan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan iaitu:

Friday, 15 January 2016

CADANGAN MENGEKALKAN PELAKSANAAN AP56 AKAUN KENA BAYAR (AKB) KERAJAAN PERSEKUTUAN

CADANGAN MENGEKALKAN PELAKSANAAN
AP56 AKAUN KENA BAYAR (AKB) KERAJAAN PERSEKUTUAN

1.0      Pengenalan

1.1.           Kertas ini dibentangkan sebagai pandangan supaya pelaksanaan Akaun Kena Bayar (AKB) Kerajaan Persekutuan  dikekalkan dalam menghadapi tranformasi Kerajaan ke Arah Perakaunan Akruan dari Perakaunan Tunai Ubahsuai.

1.2.           Kertas ini juga akan membincangkan secara umum tentang perbezaan pelaksanaan AP56 AKB dengan AP58(a) dalam Kerajaan Persekutuan. Adalah dicadangkan, kertas ini dapat membantu pembuat keputusan membuat keputusaan yang terbaik.

Wednesday, 9 February 2011

BON PELAKSANAAN DAN WANG JAMINAN PELAKSANAAN

Bon
Bon Pelaksanaan dan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak.

Saturday, 5 February 2011

ARAHAN PERUBAHAN KERJA (VO)

Arahan Perubahan Kerja (VO) ialah sebarang penyimpangan daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan/atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan.