Sempena hari kelahiran Penghulu Segala Nabi (Maulud Nabi) hari ini; 05 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah, saya hendak menceritakan tentang kisah jodoh pertemuan bapa dan bonda Baginda Rasulullah.
Abdullah Bin Abdul Mutalib menjadi rebutan gadis-gadis di Kota Madinah. Teruna dari kaum Bani Hasyim itu banyak menerima tawaran dari gadis-gadis untuk menjadi isteri Abdullah. Antaranya Fatimah Binti Mur, seorang dukun Khat’am yang terkenal. Dia menahan bapa Rasulullah s.a.w. daripada meminang Aminah Binti Abdul Wahab. Malahan, seorang lagi wanita cantik; Qatila sanggup membayar seratus ekor unta unta jika Abdullah sanggup menjadi suaminya. Hebatnya putera bongsu Abdul Mutalib itu.
Kebetulan atau suratan, dara ayu Bani Zuhrah iaitu Aminah Binti Abdul Wahab bukanlah asing bagi pemuda Kota Makkah. Bukanlah pemuda Kota Makkah kalau tidak mengenali gadis mulia daripada keluarga terhormat.
Takdir Ilahi mempertemukan kedua-duanya sebagai suami dan isteri. Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.
Peliknya selepas perkahwinan mereka, wanita-wanita Quraisy yang mengejar dan mengajak Abdullah berkahwin sudah tidak berminat kepada bapa Baginda Rasulullah lagi. Fatimah Binti Mur dan Qatila, apabila ditanya mengatakan cahaya diwajah Abdullah sudah tiada dan berpindah kepada wanita yang beliau kahwini. Pelik tetapi benar kerana wanita-wanita Quraisy lain juga mengatakan….”Cahaya diwajahmu Abdullah sudah tiada lagi & telah berpindah kepada isterimu, Aminah”.
Psst…Teringat Aura Mawi AF, mungkin berpindah kepada isterinya, Ikin….Dulu pentas penuh sebelum Mawi berkahwin…tetapi selepas berkahwin Aura Mawi hilang!!! Harap jangan samakan dengan kisah di atas kerana cahaya di wajah Abdullah adalah cahaya Kerasulan bakal anaknya iaitu junjungan Nabi kita, Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Allahu Aqlam.
OLEH: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam
No comments:
Post a Comment