Monday, 3 July 2017

DART


Sayang isteriku tercinta…

Dulu-dulu long-long time ago (Macam cerita Star Wars pulak)…Abang ingat main dart ni baling tuju titik paling tengah tu. Banyak cerita filem contohnya filem Bodyguard From Beijing lakonan Jet Li pun baling dart tuju titik tengah…Dapat tuju Bull tu kira hebatlah...Rupa-rapanya main DART peringkat antarabangsa yang sebenarnya bukanlah macam tu …




Markah paling tinggi DART bukannya pada Bull…markah Bull hanya 50 markah sahaja. Bull’s Eye pula hanya 25 markah. Markah paling tinggi adalah pada Triple  20…Bermakna; jika kita tuju dart ke Triple 20…kita dapat 60 markah (20 x 3).
Dengan perkataan lain, jika 3 dart kena Bull, kita hanya dapat 150 markah…tetapi jika 3 dart kena Triple 20, kita dapat 180 markah. Sebab itulah pemain DART target Triple 20 berbanding Bull.  
 Satu lagi…pemenang dikira apabila telah mencapai markah kosong (0) tak boleh terlebih atau terkurang dengan dart terakhir dituju pada Double Ring. Sebagai contoh, apabila dah banyak kali baling DART dan markah tinggal 20 markah…kalau nak menang...dart terakhir kena tuju Double 10 (10 x 2). Kalau markah tinggal 40, dart terakhir kena tuju Double 20 (20 x 2). Macam tulah juga kalau markah tinggal 25…satu dart kena tuju angka ganjil macam 3, tinggal 22 markah. Jadi dart terakhir kena tuju Double 11 (11 x 2).
Sayang isteriku tercinta…
Nak tuju Triple Ring memang susah…Apatah lagi Double Ring. Berlatih tuju DART Double Ring paling penting sebab kalau nak menang penamatnya adalah tuju Double Ring bukan Bull...
 
Suamimu…
Love you selamanya Sayangku.
3 Julai 2017 bersamaan  9 Syawal 1438H
 



 

No comments:

Post a Comment