Apabila nak menulis mengenai
Elaun Gangguan Kakitangan Kerajaan; saya merasakan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 1988 adalah terlalu lama. Tahun 1998…Pulak tu Pekeliling ni
hanya 2 mukasurat sahaja… Berkenaan Elaun Gangguan hanya di para 4.1 sahaja.
Untuk makluman, Elaun
Gangguan ini hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan yang bertukar Wilayah
sahaja…Takrif “Wilayah” adalah bertukar dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan. Senang cerita, orang Semenanjung
Malaysia bertukar ke Sabah atau Sarawak atau Labuan dan sebaliknya...Jadi layaklah mereka dapat
elaun ni...Oleh itu, orang Johor sebagai contoh bertukar ke Pahang tak dapat la elaun ni.