Wednesday, 18 December 2019

ELAUN GANGGUAN KAKITANGAN KERAJAAN


Apabila nak menulis mengenai Elaun Gangguan Kakitangan Kerajaan; saya merasakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 adalah terlalu lama. Tahun 1998…Pulak tu Pekeliling ni hanya 2 mukasurat sahaja… Berkenaan Elaun Gangguan hanya di para 4.1 sahaja.

Untuk makluman, Elaun Gangguan ini hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan yang bertukar Wilayah sahaja…Takrif “Wilayah” adalah bertukar dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah dan Labuan. Senang cerita, orang Semenanjung Malaysia bertukar ke Sabah atau Sarawak atau Labuan dan sebaliknya...Jadi layaklah mereka dapat elaun ni...Oleh itu, orang Johor sebagai contoh bertukar ke Pahang tak dapat la elaun ni. 

Kadar adalah sebulan gaji hakiki terakhir di wilayah yang ditukarkan sebelum pegawai kembali ke wilayah asal. Elaun Gangguan adalah menjadi tanggungjawab pejabat terakhir pegawai berkhidmat sebelum bertukar atau kembali ke wilayah asal. Elaun Gangguan hendaklah dibayar oleh jabatan sebelum pegawai bertukar berdasarkan gaji pegawai pada masa pertukaran berlaku. Namun, banyak berlaku jabatan baru pulak yang membayar Elaun Gangguan ini. Allahhu Aqlam. Rasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 sudah terlalu lama. Tahun 1998 tu…sesuai dah ditambahbaik….

Pegawai yang “terganggu” kerana ditukarkan Wilayah (namapun Elaun Gangguan…), boleh dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterima ketika diarahkan bertukar ke Wilayah baru. Bakinya akan dibayar sejurus Pegawai bertukar balik ke Wilayah asal.

Sebagai contoh; Pegawai B bertukar Wilayah dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak pada 2016. Gaji beliau masa tu RM4,500.00. Beliau boleh memohon pendahuluan Elaun Gangguan RM2,250.00 (RM4,500.00/2). Pada 2018, beliau bertukar kembali ke wilayah asal (Semenanjung Malaysia). Gaji hakiki terakhir beliau di Sarawak masa tu RM6,500.00. Baki Elaun Gangguan yang dapat adalah RM4,250.00 (RM6,500.00 - RM2,250.00).

Ada yang kata Elaun Gangguan ni dapat sekali sahaja dalam perkhidmatan...Tak benar tu...Elaun Gangguan layak selagi mana Pegawai bertukar Wilayah dan kembali semula ke Wilayah asal...Tak ada limit...


Allahu Aqlam.

Nukilan,
Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)
18 Disember 2019 bersamaan
26 Jamadil Awal 1441 Hijrah

No comments:

Post a Comment