Perolehan Kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu Perolehan Bekalan, Perolehan
Perkhidmatan dan Perolehan Kerja. Mungkin ramai yang yang memang sudah mahir
dengan Perolehan Bekalan dan Perolehan Perkhidmatan…tetapi bagaimana dengan
Perolehan Kerja? Tidak dapat dinafikan hanya yang pernah terlibat secara
langsung dengan perolehan kerja sahaja yang boleh menulis mengenainya. Saya pun
hanya tahu perkara asas sahaja…Itupun berdasarkan pengalaman 11 tahun yang lalu semasa
menguruskan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)…Menguruskan yaa bukan
melaksanakan. Mungkin juga ada yang telah berubah dan jika saya salah tolong
perbetulkan yaa…Maklumlah saya bukan seorang Jurutera...Macam lirik lagu "aku menulis bukan kerna nama"...Haaa3x...
Jenis Kerja
Kerja terbahagi kepada 3 iaitu:
i.
Kerja Kejuruteraan Awam
(CE) & Kejuruteraan Bangunan (B)
ii.
Kerja Kejuruteraan Elektrikal (E)
iii. Kerja Kejuruteraan Mekanikal (M)