Wednesday, 16 September 2020

PEROLEHAN KERJA


Perolehan Kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu Perolehan Bekalan, Perolehan Perkhidmatan dan Perolehan Kerja. Mungkin ramai yang yang memang sudah mahir dengan Perolehan Bekalan dan Perolehan Perkhidmatan…tetapi bagaimana dengan Perolehan Kerja? Tidak dapat dinafikan hanya yang pernah terlibat secara langsung dengan perolehan kerja sahaja yang boleh menulis mengenainya. Saya pun hanya tahu perkara asas sahaja…Itupun berdasarkan pengalaman 11 tahun yang lalu semasa menguruskan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)…Menguruskan yaa bukan melaksanakan. Mungkin juga ada yang telah berubah dan jika saya salah tolong perbetulkan yaa…Maklumlah saya bukan seorang Jurutera...Macam lirik lagu "aku menulis bukan kerna nama"...Haaa3x...

Jenis Kerja

Kerja terbahagi kepada 3 iaitu:

 

 i.        Kerja Kejuruteraan Awam (CE) & Kejuruteraan Bangunan (B)

ii.            Kerja Kejuruteraan Elektrikal (E)

iii.          Kerja Kejuruteraan Mekanikal (M)

Jadual Kadar

Menurut Arahan Perbendaharaan (AP) 179.1 dan AP179.2, Kerja Requisition Awam & Bangunan bernilai RM20,000 sehingga RM100,000 serta Kerja Requisition Elektrikal bernilai RM20,000 sehingga RM50,000 hendaklah menggunakan Jadual Kadar Kerja yang berkaitan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan. Apa pulak Kerja Requisition tu???

Kerja Requisition

Menurut AP180.1(a) kerja yang dipanggil Kerja Requisition itu adalah kerja-kerja kecil dan pembakian yang tidak mengubah struktur asal.

Tatacara Perolehan Kerja

Sepertimana yang kita tahu, tatacara perolehan kerja juga sama dengan tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan iaitu secara pembelian terus, sebutharga dan tender. Cuma ada tambahan undian atau pusingan kerja. Bagi memudahkan kefahaman boleh rujuk jadual tatacara perolehan kerja di bawah: 

BIL

NILAI KERJA

LANTIKAN TERUS

UNDIAN/ PUSINGAN KERJA

SEBUT HARGA

TENDER

1

KURANG RM20,000

/

 

 

 

2

KERJA REQUISITION AWAM & BANGUNAN RM20,000 HINGGA RM100,000

 

/

 

 

3

KERJA REQUISITION ELEKTRIKAL RM20,000 HINGGA RM50,000

 

/

 

 

4

KERJA REQUISITION AWAM & BANGUNAN RM100,000 HINGGA RM200,000

 

 

/

 

5

KERJA REQUISITION ELEKTRIKAL RM50,000 HINGGA RM100,000 (BUMIPUTERA)

 

 

/

 

6

KERJA REQUISITION ELEKTRIKAL RM100,000 HINGGA RM200,000 (BUMIPUTERA & BUKAN BUMIPUTERA)

 

 

 

 

7

KERJA BERNILAI  RM200,000 HINGGA RM500,000 (KONTRAKTOR G2)

 

 

/

 

8

KERJA BERNILAI MELEBIHI RM500,000 (MENGIKUT KELAS KONTRAKTOR G3-G7 SEPERTI JADUAL DI BAWAH)

 

 

 

/


















Tatacara Perolehan Kerja Secara Tender

Seperti dinyatakan di atas; kerja bernilai melebihi RM500,000 hendaklah dipelawa secara TENDER mengikut Kelas Kontraktor seperti jadual di bawah:

BIL

KELAS KONTRAKTOR CIDB

NILAI KERJA

1

KONTRAKTOR KELAS G3

KERJA BERNILAI RM500,000 HINGGA RM1,000,000

2

KONTRAKTOR KELAS G4

KERJA BERNILAI RM1,000,000 HINGGA RM3,000,000

3

KONTRAKTOR KELAS G5

KERJA BERNILAI RM3,000,000 HINGGA RM5,000,000

4

KONTRAKTOR KELAS G6

KERJA BERNILAI RM5,000,000 HINGGA RM10,000,000

5

KONTRAKTOR KELAS G7

KERJA BERNILAI MELEBIHI RM10,000,000


Takrifan Pecah Kecil Kerja

Sepertimana berlaku kepada tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan, isu pecah kecil juga perlu dielakkan bagi mengelakkan ketirisan. Isu pecah kecil kerja boleh ditakrifan telah terjadi jika wujud LEBIH DARI SATU LANTIKAN TERUS @ KERJA UNDI @ SEBUTHARGA DAN MEMPUNYAI KESEMUA perkara berikut:

1.    Kerja yang mempunyai skop yang sama, dan

2.    Kerja dibiayai dari sumber peruntukan yang sama, dan

3.    Kerja dilaksanakan di lokasi yang sama, dan

4.    Kerja dilaksanakan pada masa yang sama & serentak.

Allah hu aqlam…


OLEH :-                                            

Mr Jayess11 @ Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)

17 September 2020 bersamaan

29 Muharram 1442 Hijrah

No comments:

Post a Comment