Ketika kala tengah melayan Transformer
dalam Astro Go, baru sedar Transformer ini asalnya diperbuat dari besi, sama
macam Iron Man.
Transformer adalah robot daripada besi
yang dihasilkan oleh Quintession di Planet Cybertron yang boleh bertukar
(transform) menjadi kenderaan, jet, kapal dan seumpanya. Ada dua (2) jenis
robot yang dihasilkan oleh Quientesion iaitu Autobots dan Decepticons. Autobot
dibuat untuk penjualan secara komersil dan Decepticons pula dibuat bagi tujuan
ketenteraan. Walaupun kedua-dua jenis robot ini dibuat oleh Quintession bagi
tujuan berbeza, timbul permusuhan antara kedua-dua jenis robot ini. Akibat
ketamakan kuasa Megatron iaitu komander Decepticon menyebabkan Planet Cybertron
yang indah menjadi planet mati. Autobots yang dipimpin oleh Optimus Prime cuba
mencari kehidupan baru di luar angkasa dan mereka menjumpai Bumi sebagai planet
baru bagi mereka. Tanpa sedar, pihak Decepticons juga mengikuti mereka dan
terjadilah perang antara mereka di Bumi pula.
Manakala, Iron Man adalah besi (Iron)
baju yang dipakai oleh manusia (Man) -Tony Stark. Selepas cedera
parah akibat diculik dan dipaksa membina peluru berpandu, Tony Stark secara
sembunyi mencipta sebuah baju besi untuk menyelamatkan dirinya daripada
penculikan. Setelah bebas daripada penculikan dengan menngunakan baju besi
diciptanya, Tony Strak menambah baik baju besi tersebut menjadi perisai yang
dilengkapi peralatan berteknologi tinggi, persenjataan dan mampu terbang serta
banyak membantunya membanteras jenayah.
Besi bukan berasal dari bumi. Besi adalah logam paling kukuh yang diturunkan oleh Allah Taala ke Bumi. Kajian sains mengesahkan bahawa besi memerlukan suhu setinggi ratusan juta darjah Celsius dan empat (4) kali ganda kepanasan matahari iaitu dari bintang-bintang. Besi berasal dari bintang-bintang (komet & meteor) yang jatuh dari angkasa dan terbenam ke permukaan dan menjadi teras bumi.