Tuesday, 30 July 2024

Kisah Baju Besi Nabi Daud


Ketika kala tengah melayan Transformer dalam Astro Go, baru sedar Transformer ini asalnya diperbuat dari besi, sama macam Iron Man.

Transformer adalah robot daripada besi yang dihasilkan oleh Quintession di Planet Cybertron yang boleh bertukar (transform) menjadi kenderaan, jet, kapal dan seumpanya. Ada dua (2) jenis robot yang dihasilkan oleh Quientesion iaitu Autobots dan Decepticons. Autobot dibuat untuk penjualan secara komersil dan Decepticons pula dibuat bagi tujuan ketenteraan. Walaupun kedua-dua jenis robot ini dibuat oleh Quintession bagi tujuan berbeza, timbul permusuhan antara kedua-dua jenis robot ini. Akibat ketamakan kuasa Megatron iaitu komander Decepticon menyebabkan Planet Cybertron yang indah menjadi planet mati. Autobots yang dipimpin oleh Optimus Prime cuba mencari kehidupan baru di luar angkasa dan mereka menjumpai Bumi sebagai planet baru bagi mereka. Tanpa sedar, pihak Decepticons juga mengikuti mereka dan terjadilah perang antara mereka di Bumi pula.

Manakala, Iron Man adalah besi (Iron) baju yang dipakai oleh manusia (Man) -Tony Stark.  Selepas cedera parah akibat diculik dan dipaksa membina peluru berpandu, Tony Stark secara sembunyi mencipta sebuah baju besi untuk menyelamatkan dirinya daripada penculikan. Setelah bebas daripada penculikan dengan menngunakan baju besi diciptanya, Tony Strak menambah baik baju besi tersebut menjadi perisai yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi, persenjataan dan mampu terbang serta banyak membantunya membanteras jenayah.

Besi bukan berasal dari bumi. Besi adalah logam paling kukuh yang diturunkan oleh Allah Taala ke Bumi. Kajian sains mengesahkan bahawa besi memerlukan suhu setinggi ratusan juta darjah Celsius dan empat (4) kali ganda kepanasan matahari iaitu dari bintang-bintang. Besi berasal dari bintang-bintang (komet & meteor) yang jatuh dari angkasa dan terbenam ke permukaan dan menjadi teras bumi.

Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Hadid ayat 25 mafhumnya:

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dan bermanfaat bagi manusia yang menggunakan faedah itu (kekuatan besi itu) dalam kehidupan mereka sehari-hari dan ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menggunakan kekuatannya itu untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, walhal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Berkuasa.”

Allah Taala berfirman dalam Surah Saba’ ayat 10 hingga 11 mafhumnya:

"Sesungguhnya telah kami berikan kepada Nabi Daud kurnian Kami. Wahai gunung-gunung dan burung-burung! Pulanglah dan pujilah Tuhanmu bersama Nabi Daud dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya dan kerjakanlah kebajikan. Sesungguhnya Aku Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."

Di zamannya kaum Nabi Daud- Bani Israel sering menghadapi peperangan dengan bangsa Palestin. Bangsa Palestin ketika itu bukan beragama Islam seperti sekarang dan menggunakan baju besi yang berat sehingga tidak mampu bergerak dengan selesa. Baju perang besi hasil buatan Nabi Daud adalah bulatan-bulatan besi sehingga pemakainya dapat bergerak bebas sekaligus terselamat dari pedang, kapak, dan belati musuh. Sedangkan baju perang musuh pula, selain berat dan tidak mampu bergerak dengan selesa, masih juga mampu ditembusi oleh pedang, kapak dan belati musuh. Semenjak itu, askar-askar Nabi Daud menggunakan baju besi buatannya dan mereka selalu memenangi peperangan, tentunya atas pertolongan Allah Taala juga.

Namun begitu, Surah al-Anbiya, ayat 80 menyatakan tentang pakaian keselamatan perang Nabi Daud AS yang dijalin atau ditenun melalui penggunaan perkataan ‘labusin’. Dalam bahasa Arab baju besi disebut ‘dar’a’ atau ”mudarrak’. Ada sesetengah pendapat menyatakan perkataan ‘labusin’ bukan membawa maksud baju besi atau sesuatu yang diperbuat dari bahan besi tetapi pakaian keselamatan yang ditenun seperti cindai. Saya mengaku saya tak fasih bahasa Arab. Ini sesetengah pendapat sahaja. Allahu Aqlam.

Nukilan: 

Abe Nohara (Hima Wari’s husband)

30 Julai 2024 (Selasa) bersamaan

24 Muharram 1446 Hijrah

No comments:

Post a Comment