Thursday, 6 October 2011

RAKET BADMINTON YONEX…TULEN @ PALSU

Tiga hari lepas pada 4 Oktober 2011, saya membeli raket YONEX MUSCLE POWER 99 (2nd hand) dan YONEX NANO SPEED 4500. YONEX MUSCLE POWER 99 saya beli dari seorang rakan hanya dengan harga RM250.00 dan YONEX NANO SPEED 4500 saya beli di sebuah kedai raket di Kompleks Teruntum, Kuantan dengan harga RM345.00. Namun selepas sampai ke rumah…timbul keraguan adakah kedua-dua raket yang saya beli adalah tulen atau asli??? Untuk makluman, harga di pasaran raket YONEX MUSCLE POWER 99 adalah RM649.00 dan YONEX NANO SPEED 4500 adalah RM449.00.

Lantas, saya menyemak melalui internet dan ini yang saya jumpa…


Tips 1:  Lihat warna logo di hujung raket

Warna logo di raket YONEX asli adalah warna hijau gelap berbanding raket tiruan berwarna hijau terang. Jika terdapat tulisan MADE IN JAPAN @ MADE IN TAIWAN ia adalah tiruan…Hanya tulisan JAPAN di raket YONEX menunjukkan ia adalah asli.


Tips 2: Perkataan YONEX di kon raket adalah rapat

Perhatikan gambar di bawah….bezakan jarak perkataan YONEX antara yang asli dengan tiruan!!!


Tips 3:  Pelekat hologram di kon raket YONEX sukar ditanggalkan

Hologram yang dilekatkan di kon raket sukar ditanggalkan. Jika dibeli di Malaysia, terdapat hologram pembekal rasmi raket YONEX di Malaysia iaitu SUNRISE.



Tips 4:  Semak cetakan nombor pengeluaran di batang dan di kon raket

Lazimnya pada raket YONEX, terdapat 2 cetakan nombor pengeluaran iaitu satu di batang raket (7 digit) dan satu lagi di kon raket (5 digit dan 2 huruf). Malahan cetakan raket YONEX asli adalah cetakan laser berbanding raket tiruan yang dicetak timbul.


Nombor siri di kon gambar asli di atas adalah 210943JP memberitahu DDMMYxCC bahawa ia dibuat pada 21(DD) September(MM) 2004(Y), No. 3(x) adalah nombor unik dan JP(CC) memberitahu ia adalah untuk pasaran negara Jepun.

Kesimpulannya, raket-raket yang saya beli adalah yang TULEN!!! Allah Al-Aqlam...



Oleh:-

Fadzli Hisyam @ Ay @ jayess11
7 Oktober 2011

2 comments: