Sayang mungkin pernah dengar cerita tentang perlumbaan Arnab dengan Kura-kura yang mana Arnab tertidur lalu Kura-kura yang “slow & steady” telah menang perlumbaan tersebut.
Cerita itu tidak berakhir di sini saja sayang…Arnab yang kalah lalu bermuhasabah diri dan membuat “post moterm” kekalahannya. Antara punca kekalahannya adalah ia tidak fokus dan sombong dengan kekuatannya. Arnab berjumpa dengan Kura-kura semula dan meminta perlumbaan kali kedua diadakan. Kura-kura bersetuju. Dihari perlumbaan arnab terus memecut meninggalkan Kura-kura sehingga garisan penamat. Kali ini Arnab tidak tertidur lagi dan ia fokus kepada perlumbaan sehingga garisan penamat. Dengan mudah dan cepat Arnab memenangi perlumbaan kali kedua.
Kura-kura yang kalah pada perlumbaan kali kedua membuat kajian punca kekalahannya. Kura-kura sedar beliau tidak dapat mengalahkan Arnab yang pantas dan cepat. Namun Kura-kura mempunyai cara bagaimana untuk mengalahkan Arnab. Kali ini Kura-kura pula berjumpa Arnab untuk mengadakan perlumbaan untuk kali ketiga. Kura-kura menetapkan perlumbaan kali ini mengikut laluan berbeza dan Arnab tidak membantah.
Pada hari perlumbaan, rupa-rupanya Kura-kura menetapkan laluan melalui darat, kemudian perlu menyeberangi sungai lalu penamatnya melalui laluan darat kembali. Apabila Arnab yang pantas sampai di pinggir sungai, ia tidah dapat menyeberangi sungai tersebut kerana ia tiada kebolehan untuk berenang. Kura-kura walaupun lambat sampai di tebing sungai akhirnya dapat menyeberangi sungai tersebut dan memenangi perlumbaan untuk kali ketiga tetapi masa yang diambil terlalu lama.
Arnab dan Kura-kura sedar…apabila mereka bekerjasama mereka boleh menamatkan perlumbaan dengan pantas. Apabila melalui jalan darat, Arnab membawa Kura-kura dan apabila sampai di tebing sungai, Kura-kura pula membawa Arnab. Begitulah seterusnya apabila sampai semula di darat sehingga ke penamat.
Sayang…daripada cerita ini beberapa teladan dapat kita jadikan pedoman:-
1. “Slow & steady” dapat mengatasi kesombongan seseorang.
2. Jika kita bergerak secara “fast & consistence” ia adalah lebih baik berbanding “slow & steady” kerana dapat mencapai matlamat lebih cepat.
3. Kita mungkin ada kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain dan begitulah sebaliknya. Gunakanlah kelebihan itu untuk menutup kelemahan kita bagi tujuan kebaikan.
4. Apabila kita bekerjasama, kita mungkin boleh mencapai matlamat dengan lebih cepat.
Sayang… Abang mungkin ada kelemahan yang mana sayang memiliki kelebihan dan begitulah sebaliknya. Apabila kita saling bekerjasama, hidup Suami-Isteri InsyaaAllah akan bahagia dan mencapai matlamatnya…Aminnnnn.
Oleh:
jayess11 @ ay @ fadzli hisyam
17.07. 2013
No comments:
Post a Comment