Monday, 7 October 2013

WANG KERTAS RM100 vs RM1

Sayanggg yang comel lagi manja…  

 Kali ini Abang nak cerita tentang wang kertas RM1 dengan wang kertas RM100…     


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama oleh Bank Negara Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pada wang RM1 dan RM100 adalah sama. Cuma yang membezakan antara mereka hanyalah nilainya. Wang RM100 bernilai 100 kali ganda nilai RM1.   Ketika dicetak mereka bersama tetapi berpisah di bank dan beredar pada masyarakat. Setelah berpisah hampir 7 bulan akhirnya mereka bertemu dengan tidak sengaja dalam dompet seorang pemuda.   

Wang RM1 pun menyatakan sebaik sahaja dia keluar dari bank terus ke tangan kanak-kanak, orang miskin, anak-anak yatim, buruh, penjual ikan, peti derma masjid, pengemis dan penjaja. Disebabkan keadaannya yang selalu bepindah tangan menjadikan wang RM1 terlalu lusuh dan berbau. 



  Berlainan pula dengan wang RM100, kerana sebaik sahaja dia keluar dari bank terus ke tangan orang kaya dan beredar-edar di kompleks membeli-belah, hotel 5 bintang dan restoran-restoran mahal. Disebabkan keadaannya yang selalu dijaga dan jarang digunakan menjadikan wang RM100 masih kelihatan baru.   


Menangislah wang RM1 menyatakan kesedihan mengenangkan nasib dirinya. Sudahlah nilainya 100 kali ganda kurang dari wang RM100, malahan kelihatan lusuh dan berbau pula.  


 Lantas wang kertas RM100 berkata, “Ketahuilah walaupun kamu wang RM1 dan nilai kamu amat rendah berbanding aku, kamu selalu berada di seluruh tempat ibadah termasuk yang bersedekah di peti derma masjid dan pengemis. Kamu juga beredar di tangan anak-anak yatim dan fakir miskin. Kamu tidak dipandang berdasarkan nilai kamu kamu tetapi manfaat kamu”. 


  Wang kertas RM100 menambah lagi, “Sebaliknya aku tidak pernah berada di peti derma masjid dan pengemis. Nilai aku memang besar, hebat dan tinggi tetapi aku tidak dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Beruntunglah engkau wang RM1 kerana bila ditanya nanti tentang manfaat antara engkau dengan aku, engkau lebih bermanfaat daripada aku”.    


 Sayanggg yang manja…begitulah kehidupan…semoga cerita ini memberi pengajaran kepada abang dan semua orang…


   Oleh: 

jayess11 @ ay @ fadzli hisyam
 07 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment