CADANGAN MENGEKALKAN PELAKSANAAN
AP56 AKAUN KENA BAYAR (AKB) KERAJAAN
PERSEKUTUAN
1.0 Pengenalan
1.1.
Kertas ini dibentangkan sebagai
pandangan supaya pelaksanaan Akaun Kena Bayar (AKB) Kerajaan Persekutuan dikekalkan dalam menghadapi tranformasi
Kerajaan ke Arah Perakaunan Akruan dari Perakaunan Tunai Ubahsuai.
1.2.
Kertas ini juga akan membincangkan
secara umum tentang perbezaan pelaksanaan AP56 AKB dengan AP58(a) dalam
Kerajaan Persekutuan. Adalah dicadangkan, kertas ini dapat membantu pembuat
keputusan membuat keputusaan yang terbaik.
2.0 Definisi Konsep
2.1 AP
56 Akaun Kena Bayar
AP56 Akaun Kena Bayar (AKB) adalah suatu tempoh pembayaran selepas
penghujung sesuatu tahun kewangan, di mana semua pembayaran berkaitan
tanggungan bagi kerja yang telah dijalankan, barang-barang dan perkhidmatan
yang diterima sehingga 31 Disember tahun kewangan tersebut boleh dibuat menggunakan peruntukan tahun kewangan
itu. Konsep AKB ini dilaksanakan bagi
tujuan membolehkan Kerajaan melakukan perbelanjaan sehingga ke tarikh akhir
tempoh tahun kewangan semasa bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan
selaras dengan bajet yang telah diluluskan bagi sesuatu tahun kewangan.
2.2. AP58(a)
AP58 (a) adalah pembayaran yang memerlukan kebenaran khas Akauntan Negara atau Akauntan Negeri/ Bendahari
Negeri, di mana semua pembayaran berkaitan dengan pertanggungan-pertanggungan
yang kena dibayar pada atau sebelum hujung tahun kewangan yang lama dibuat menggunakan peruntukan tahun kewangan
semasa.
2.3. Account Payble
Dalam istilah perakaunan, account payable ertinya hutang atau kewajiban yang harus dibayar bagi pembeli ke atas suatu barang yang dibeli secara kredit atau
sesuatu yang timbul kerana adanya transaksi yang mana seseorang atau syarikat berjanji akan
memenuhi kewajipan membayar
hutangnya di masa akan datang. Perbelanjaan ini diakrukan pada masa transaksi
itu berlaku dan bukannya pada masa ianya dibayar. Dalam Bahasa Malaysia ianya
dinamakan Akaun Belum Bayar.
3.0 LATAR BELAKANG
3.1 Mulai tahun 2014 hingga
tahun 2015, Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa tiada tempoh Akaun
Kena Bayar (AKB) bagi tahun tersebut. Ketiadaan tempoh AKB ini menyebabkan semua hutang atau tanggungan yang diterima
sehingga 31 Disember tahun kewangan 2014 dibayar pada tahun kewangan 2015 menggunakan bajet tahun 2015 dan semua
hutang atau tanggungan yang diterima sehingga 31 Disember tahun kewangan 2015
dibayar pada tahun kewangan 2016 menggunakan
bajet tahun 2016 di bawah AP58(a).
3.2. Sebelum ini, semua hutang atau tanggungan yang diterima sehingga
31 Disember tahun 2013 dibayar pada tahun kewangan 2014 menggunakan bajet tahun 2013 di bawah AP56 AKB. Ini adalah selaras dengan Prinsip Tunai
Ubahsuai yang diamalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan sebelum ini dimana
semua urus niaga terimaan dan bayaran Kerajaan diakaunkan mengikut asas tunai
tetapi membenarkan pembayaran bagi bekalan dan perkhidmatan yang diterima
sehingga 31 Disember sesuatu tahun kewangan dibuat dalam bulan Januari tahun
kewangan berikutnya, tetapi menggunakan peruntukan tahun 31 Disember tahun
perbelanjaan itu berlaku.
3.3. Pelaksanaan
pembayaran di bawah AP58(a) sebelum ini hanya melibatkan pembayaran yang
memerlukan kebenaran khas Akauntan Negara di mana semua pembayaran berkaitan
dengan pertangungan-pertanggungan yang kena dibayar pada atau sebelum hujung
tahun kewangan yang lama dibuat menggunakan peruntukan tahun kewangan semasa. Pembayaran
itu hanya boleh dipertimbangkan dengan syarat jabatan mempunyai baki peruntukan
dalam tahun perbelanjaan itu kena bayar.
4.0 IMPLIKASI
4.1. Ketiadaan
tempoh AKB dalam tahun 2014 dan tahun 2015 memberikan implikasi yang besar kepada
prestasi kewangan dan bajet Kerajaan seperti berikut:-
a.
Semua hutang
atau tanggungan yang diterima sehingga 31 Disember tahun kewangan 2014 dan
tahun kewangan 2015 dibayar pada tahun kewangan 2015 dan 2016 menggunakan
bajet tahun 2015 dan 2016 dibawah AP 58 (a).
b.
Tempoh akhir
pembayaran melalui sistem eSPKB atau secara manual kebiasaannya seminggu lebih
awal dari tarikh hutang atau tanggungan sehingga 31 Disember tahun kewangan
2014 dan tahun kewangan 2015. Ini menyebabkan sejumlah besar tuntutan, bekalan
atau perkhidmatan selepas itu dibayar dibawah AP58(a) kerana ketiadaan tempoh
AKB.
4.2.
Kesan lebih
besar ketiadaan tempoh AKB melibatkan pelaporan kewangan tahunan, apatah lagi
bila pelaksanaan Perakaunan Akruan dilaksanakan pada tahun 2017 nanti:-
IMPLIKASI
PELAKSANAAN AP 58(a) TANPA TEMPOH
AKB
PENYATA PENDAPATAN
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 Tahun 2015
Hasil xxxxx Hasil xxxx
Tolak Belanja: Tolak Belanja:
Emolumen xxx Emolumen xxx
Lain-lain xx Lain-lain xx
Sewa Pejabat - Sewa Pejabat 2j
Untung/ Rugi xxx Untung/ Rugi xxx
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 Tahun 2015
Hasil xxxxx Hasil xxxx
Tolak Belanja: Tolak Belanja:
Emolumen xxx Emolumen xxx
Lain-lain xx Lain-lain xx
Sewa Pejabat - Sewa Pejabat 2j
Untung/ Rugi xxx Untung/ Rugi xxx
4.3.
Ini kerana
perbelajaan dalam Penyata Pendapatan Kerajaan hanya dicaj dalam tahun 2016
seperti catatan bergu berikut:-
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 (Tiada Tempoh AKB) Tahun 2015
TIADA TRANSAKSI Dt Belanja Sewa RM2j
Kt Account Payble RM2j
Tahun 2016 (Tiada Tempoh AKB) Tahun 2016
Dt Belanja Sewa RM 2j Dt Account Payble RM2j
Kt Tunai (AP58[a]) RM2j Kt Tunai RM2j
TIADA TRANSAKSI Dt Belanja Sewa RM2j
Kt Account Payble RM2j
Tahun 2016 (Tiada Tempoh AKB) Tahun 2016
Dt Belanja Sewa RM 2j Dt Account Payble RM2j
Kt Tunai (AP58[a]) RM2j Kt Tunai RM2j
4.4.
Perbezaan
apabila ada tempoh AKB dalam tahun 2015 dapat diperjelaskan melibatkan
pelaporan kewangan tahunan seperti berikut:-
IMPLIKASI PELAKSANAAN JIKA ADA TEMPOH AKB
PENYATA PENDAPATAN
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 Tahun 2015
Hasil xxxxx Hasil xxxx
Tolak Belanja: Tolak Belanja:
Emolumen xxx Emolumen xxx
Lain-lain xx Lain-lain xx
Sewa 2j Sewa 2j
Untung/ Rugi xxx Untung/ Rugi xxx
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 Tahun 2015
Hasil xxxxx Hasil xxxx
Tolak Belanja: Tolak Belanja:
Emolumen xxx Emolumen xxx
Lain-lain xx Lain-lain xx
Sewa 2j Sewa 2j
Untung/ Rugi xxx Untung/ Rugi xxx
4.5.
Ini kerana
perbelajaan dalam Penyata Pendapatan Kerajaan telah dicaj dalam tahun 2015
seperti catatan bergu berikut:-
KERAJAAN SWASTA
Tahun 2015 (Ada Tempoh AKB) Tahun 2015
Dt Belanja Sewa RM 2j Dt Belanja Sewa RM2j
Kt AKB RM2j Kt Account payble RM2j
Tahun 2016 (Ada Tempoh AKB) Tahun 2016
Tahun 2015 (Ada Tempoh AKB) Tahun 2015
Dt Belanja Sewa RM 2j Dt Belanja Sewa RM2j
Kt AKB RM2j Kt Account payble RM2j
Tahun 2016 (Ada Tempoh AKB) Tahun 2016
Dt AKB RM2j Dt Account
Payble RM2j
Kt Tunai RM2j Kt Belanja Sewa RM2j
Kt Tunai RM2j Kt Belanja Sewa RM2j
4.6.
Perbelanjaan AKB Kerajaan adalah perbelanjaan tahun
kewangan sebelum dan direkodkan sebagai
perbelanjaan tahun sebelum. Ia bersamaan dengan konsep Account Payble yang dilaksanakan oleh pihak swasta.
4.7.
Manakala, AP 58 (a) adalah perbelanjaan
tahun kewangan sebelum dan direkodkan sebagai
perbelanjaan tahun berikutnya dan memerlukan kebenaran khas Akauntan Negara.
4.8.
Semakan terhadap Laporan Ketua Audit
Negara mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/ Jabatan
Kerajaan Persekutuan menunjukkan jumlah pembayaran di bawah AP56 AKB dan AP58(a)
pada tahun 2011,2012, 2013 dan 2014 seperti Jadual 1 dibawah:-
TAHUN
|
AP56 AKB
RM BILLION
|
AP58(a)
RM BILLION
|
2011
|
8.383
|
3.080
|
2012
|
9.946
|
2.997
|
2013
|
7.286
|
3.424
|
2014
|
Tiada tempoh AKB
|
2.896
|
Jadual 1: Pembayaran AP56 dan
AP58(a)- Sumber Laporan Ketua Audit Negara
4.9.
Perbandingan pada tahun 2014
menunjukkan pengurangan bayaran di bawah AP58(a) walaupun tiada tempoh AP56
AKB. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan bayaran kontrak yang dibilkan
sehingga tarikh 31 Disember 2014 tetapi kontrak ini berpanjangan dan melibatkan
peruntukan yang besar di mana sepatutnya menjadi AP56 AKB telah dibayar pada
pertengahan bulan Disember 2014.
5.0 SYOR
5.1. Saya mensyorkan AP56 AKB dikuatkuasakan semula pada penutupan akaun
tahun 2017 atas sebab-sebab berikut:-
a.
Perbelanjaan AKB Kerajaan adalah perbelanjaan tahun
kewangan sebelum dan direkodkan sebagai
perbelanjaan tahun sebelum. Ia bersamaan dengan konsep Account Payble yang dilaksanakan oleh pihak swasta.
b.
Mengambil contoh AP56 AKB dan AP58(a)
tahun 2013 di Jadual 1 di para 4.8, RM7.286 billion dan RM3.424 billion
sebenarnya adalah bersamaan dengan konsep Account Payble yang dilaksanakan oleh
pihak swasta kerana kedua-duanya adalah perbelanjaan yang sepatutnya dicaj
dalam tahun 2013, tetapi pembayarannya dibuat pada tahun 2014.
c.
Menuju transformasi Perakuan Akruan Kerajaan
Persekutuan; adalah wajar apa-apa pembayaran yang berlaku atau
wujud dalam tahun semasa dicaj dan diakaunkan pada tahun itu juga bagi
menggambarkan perbelanjaan yang benar dan saksama setanding dengan perakaunan negara-negara maju lain di
peringkat antarabangsa.
Oleh: Mrjayess11@Ay@Fadzli
Hisyam
15 Januari
2016
No comments:
Post a Comment