Tuesday, 20 June 2017

KISAH PERAHU BOCOR



Sayang isteriku tercinta…

Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu. Dia pun mengecat perahu tersebut. Saat mengecat, dia menemukan sebuah lubang kecil di bawah perahu dan menampalnya diam-diam. Selesai mengecat dia menerima upahnya dan pergi.



Beberapa hari selepas itu, pemilik perahu menemui semula lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak terduga akal.


Si tukang cat  terkejut dan berkata, “Tuan sudah membayar upah saya”.

“Ini bukan upah mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di bawah perahu saya’, jawab pemilik perahu.

“Ahhh…Itu cuma hal kecil . Tuan tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu”.

“Mungkin anda tidak mengerti…Sebelum saya meminta anda mengecat perahu, saya telah menyedari lubang kecil di bawah perahu. Apabila cat sudah kering, saya lupa untuk meminta pembuat perahu menampal lubang tersebut. Tetapi apabila cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan perahu tersebut’.

“Mereka tidak tahu tentang lubang di bawah perahu tersebut. Saya pula keluar ke bandar saat mereka pergi. Ketika saya pulang dan menyedari anak-anak saya pergi memancing dengan perahu yang bocor itu, saya amat risau akan keselamatan mereka”.

“Alangkah leganya saya apabila melihat mereka pulang dengan selamat. Lalu saya mendapati anda telah menampal lubang kecil di bawah perahu tersebut. Ternyata anda telah menyelamatkan anak-anak saya. Yang anda lakukan bukan hal yang kecil…Ia melibatkan nyawa anak-anak saya. Wang ini tanda terima kasih saya walaupun nilainya tidak seberapa”.

Sayang isteriku tercinta…
Teruslah menolong tanpa disedari orang yang kita tolong. Meringankan beban mereka dan perbaikilah setiap “lubang” atau kerosakan walau sekecil manapun. Kita tidak tahu benda sekecil itulah yang sebenarnya menyelamatkan nyawa…
Sayanggg…
Kita tidak tahu perbuatan baik walau sekecil zarah, besar nilainya di sisi yang dibantu. Insyaa Allah…

OLEH:
Suamimu…
Love you selamanya Sayangku.
21 Jun 2017 (Rabu)
bersamaan  26 Ramadhan 1438H


No comments:

Post a Comment