1.
TUJUAN
1.1
Menerangkan mengenai Panjar Khas Kapal dan Rangsum (Military Rations)
di Malaysia.
2.
DEFINASI
2.1
Panjar Khas Kapal
2.1.1.
Panjar Khas Kapal adalah wang tunai yang
diperuntukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan bertujuan untuk menyegerakan
pembayaran rangsum kepada petugas kapal bagi tujuan operasi, latihan atau
eksesais secara pendahuluan bagi keperluan anggota yang bertugas di kapal
semasa menjalankan operasi. Rangsum yang dibayar adalah menggantikan elaun
makan/ elaun harian, elaun sewa hotel/ loging. Oleh yang demikian, anggota
tidak layak menuntut elaun-elaun ini kerana kapal Maritim dan TLDM telah
disediakan bilik penginapan dan dapur untuk memasak sepanjang operasi.
2.2. Rangsum
2.2.1. Diberi kepada pegawai dan anggota Maritim serta tentera yang menjalankan tugas operasi serta hanya diberi sekiranya
sumber bekalan makanan biasa tidak dapat diberikan melalui prosedur biasa
kerana kedudukan mereka yang terpencil dan sukar atas sebab-sebab keselamatan
operasi yang dijalankan.
3.
LATARBELAKANG
3.1.
Jenis-jenis Rangsum:-
i. Rangsum Segar/ Basah
ii.
Rangsum Kering
iii.
Rangsum Bungkus
iv.
Rangsum Operasi Khas
v. Rangsum Tambahan F & G
3.2. Manakala, pembekalan rangsum boleh dilaksanakan melalui
sistem berikut:-
3.2.1 Sistem Sajian Secara Tunai
3.2.2 Sistem Katering
3.2.3 Sistem Khas Pembelian Rangsum
3.2.4 Sistem Rangsum Bungkus
Sistem Sajian Secara Tunai adalah kaedah pembekalan bahan-bahan mentah belum dimasak melalui Panjar Khas Kapal di mana cek dikeluarkan atas nama Pegawai Memerintah dan ditunaikan berdasarkan kadar kelayakan rangsum yang telah ditetapkan.
Sistem Katering adalah pembekalan rangsum dengan melantik katerer membekalkan makanan telah siap dimasak.
Sistem Khas Pembelian Rangsum adalah kelulusan khas apabila pembekalan rangsum melalui lain-lain sistem tidak dapat dilaksanakan.
Sistem Rangsum Bungkus (Pack Rations) adalah bahan-bahan mentah seperti beras dan lain-lain makanan telah dimasak yang tahan lama seperti sambal ikan bilis, sardin dan seumpamanya dibungkus bersekali. Nama lain adalan Rangsum Tempur.
OLEH :-
jayess11
21 Mac 2019 bersamaan
14 Rejab 1440 Hijrah
14 Rejab 1440 Hijrah
No comments:
Post a Comment