Monday, 5 August 2019

PRIVATE FINANCE INITIATIVE (PFI)


Di Malaysia, nama lain PFI adalah PPP: Public Private Partnership (Perkongsian Awam-Swasta). Terma PFI dan PPP digunakan saling bertukar ganti di mana PFI adalah merujuk kepada PPP apabila pembayaran dibuat sendiri oleh pengguna iaitu Kementerian/ Jabatan Kerajaan terus kepada penyedia perkhidmatan/ pembekal/ kontraktor.

Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) telah diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) yang memperuntukkan belanjawan negara untuk semua sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010 bagi membiayai projek-projek pembangunan. Dalam masa yang sama, Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan ditubuhkan bagi memacu pembangunan infrastruktur melalui modal swasta. 



Bagi mencetuskan inisiatif ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pinjaman RM20 bilion sebagai modal awal kepada Pembinaan PFI Sdn. Bhd. 


PFI adalah satu kaedah perolehan projek Kerajaan di mana  pemindahan tangggungjawab pembiayaan dan pengurusan pelaburan modal dan perkhidmatan seperti pembinaan, pengurusan, penyenggaraan, pembaikan dan penggantian aset-aset Kerajaan seperti bangunan, infrastruktur, peralatan dan kemudahan lain dipindahkan kepada pembiayaan oleh sektor swasta. 


Pembiayaan PFI adalah daripada sumber kewangan pihak swasta tanpa jaminan Kerajaan Persekutuan tetapi telah dibajetkan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh konsesi yang ditetapkan. Pembiayaan PFI hampir sama seperti projek penswastaan. Bezanya, projek penswastaan tidak memberi kesan dalam Bajet Kerajaan Persekutuan. 

Nukilan:

Mr Jayess11@ Fadzli Hisyam @ Abe Nohara
05 Ogos 2019 bersamaan
04 Zulhijjah 1440Hijrah

No comments:

Post a Comment