Sunday, 14 June 2020

BIL TNB TINGGI MASA PKB/PKPD/PKPB/PKPP


Assalamualaikum…Hari ini 15 Jun 2020 hari ke 15 saya kena tukar ke Putrajaya dari Kuantan termasuk hari cuti Sabtu, Ahad & cuti kelepasan am. Sebabnya memang saya tak balik lagi ke Kuantan semenjak kena tukar ni…Siapa tak rindu isteri…Tetapi apa boleh buat…Kerajaan baru umum boleh rentas negeri bermula 10 Jun 2020 (dah agak dah mesti jem giler kat Tol Gombak dan Bentong)…InsyaaAllah 18 Jun 2020 start cuti jumpa isteri yang dirindui…

Tak lama sebelum ni (baru jer kot) kecoh-kecoh tentang bil TNB tinggi sebab pembaca bil TNB tak datang tengok meter dalam tempoh PKP/ PKPD/ PKPB/ PKPP ni…Malas nak layan sebab masih rindu kat isteri yang jauh…Haaa3x…SEBENARNYA perkara ini saya dah buat perkiraan semenjak TNB nak perkenalkan bil 2 bulan sekali berkonsepkan prorata (prorate) berbanding bil tiap2 bulan sebelum ini lagi…Hasil kajian saya (macam buat tessis PHD pulak) tak rugi konsep prorata TNB ni…Sebelum tu fahamkan dulu JADUAL TARIF DOMESTIK di bawah ini (Oh yaa…Ini tariff domestik biasa sebelum kiraan diskaun yaa oleh TNB semasa PKP diumumkan oleh PM..Kalau ada diskaun lagi rendahlah kena bayar macam kiraan saya paling last tu):


KATEGORI TARIF
JUMLAH TERKUMPUL
KADAR PER kWh
RM
200 kWh pertama
200 kWh
RM0.218
100 kWh berikutnya
300 kWh
RM0.334
300 kWh berikutnya
600 kWh
RM0.516
300 kWh berikutnya
900 kWh
RM0.546
901 kWh selepas itu
901 kWh hingga seterusnya
RM0.571

Katakanlah bil TNB anda dari 18 Mac 2020 hingga 15 Jun 2020 (100 hari) adalah 1,771 kWh...Konsep prorata adalah 100 hari bahagi 30 hari = 3.33333 hari. 

Kiraan prorata bil TNB anda yang sebenarnya “win-win situation” akan jadi seperti berikut:

KATEGORI TARIF
(a)
PRORATA

(b)
JUMLAH
kWh
( c)= (a) x (b)
JUMLAH TERKUMPUL
(d)
KADAR PER kWh
(e)
JUMLAH
RM
(f) =( c) x (e)
200 kWh pertama
3.33333 hari
667 kWh
667 kWh
RM0.218
RM145.41
100 kWh berikutnya
3.33333 hari
333 kWh
1,000 kWh
RM0.334
RM111.22
300 kWh berikutnya
3.33333 hari
*771 kWh
1,771 kWh
RM0.516
RM397.84
300 kWh berikutnya



RM0.546

901 kWh selepas itu



RM0.571

JUMLAH

1,771 kWh


~RM654.50

*: 771 kWh = 1,771 – (667 + 333) kWh

Cuba buat kiraan jika TNB tak guna konsep prorata ini. Kiraan standard seperti di bawah:

KATEGORI TARIF
(a)
JUMLAH
kWh
( b)
JUMLAH TERKUMPUL
(c)
KADAR PER kWh
(d)
JUMLAH
RM
(e) =( b) x (d)
200 kWh pertama
200 kWh
660 kWh
RM0.218
RM43.60
100 kWh berikutnya
100 kWh
990 kWh
RM0.334
RM33.40
300 kWh berikutnya
300 kWh
600 kWh
RM0.516
RM154.80
300 kWh berikutnya
300 kWh
900 kWh
RM0.546
RM163.80
901 kWh selepas itu
871 kWh
901 kWh hingga seterusnya
RM0.571
RM497.34
JUMLAH
1,771 kWh


~ RM892.95

Nampak kan kiraan prorata dengan kiraan standard…Beza RM238.45 (RM892.95-RM654.50)….Allahu Aqlam…Itu belum kira diskaun TNB semasa tempoh PKP seperti jadual berikut:

KATEGORI TARIF
JUMLAH TERKUMPUL
KADAR PER kWh
RM
DISKAUN PKP/PKPD/PKPB/PKPP
TNB
200 kWh pertama
200 kWh
RM0.218
50%
100 kWh berikutnya
300 kWh
RM0.334
25%
300 kWh berikutnya
600 kWh
RM0.516
15%
300 kWh berikutnya
900 kWh
RM0.546
2%
901 kWh selepas itu
901 kWh hingga seterusnya
RM0.571
-

Jadi bil prorata & diskaun akan jadi macam ni laaa kot:

KATEGORI TARIF
(a)
PRORATA

(b)
JUMLAH
kWh
( c)= (a) x (b)
JUMLAH TERKUMPUL
(d)
KADAR PER kWh
(e)
JUMLAH
RM
(f) =( c) x (e)
JUMLAH SETELAH DISKAUN
200 kWh pertama
3.33333 hari
667 kWh
667    kWh
RM 0.218
RM 145.41
RM 72.71
100 kWh berikutnya
3.33333 hari
333 kWh
1,000 kWh
RM 0.334
RM 111.22
RM 83.42
300 kWh berikutnya
3.33333 hari
*771 kWh
1,771 kWh
RM 0.516
RM 397.84
RM 338.16
300 kWh berikutnya



RM 0.546


901 kWh selepas itu



RM 0.571


JUMLAH

1,771 kWh


~RM 645.50
 ~RM 494.30

Siapa yang rugi sebenarnya…Tak ada siapa yang rugi sebenarnya...TNB tak rugi pun sebab diskaun ni ditanggung oleh Kerajaan….Oh yaaa…satu lagi lupa nak bagi tahu bil TNB ni anggaran sahaja tahu…Terkurang atau terlebih dengan bil sebenar nanti TNB buat pelarasan…AllahuAqlam…

Nukilan:

AbeNohara (Hima Wari’s husband)
15 Jun 2020 bersamaan 23 Syawal 1441 Hijrah. 

No comments:

Post a Comment