Wednesday, 9 December 2020

PERJALANAN SEEKOR NYAMUK

Dikeheningan pagi sekitar jam 7.00 pagi, seekor nyamuk berniat menggigit seorang lelaki di sebuah rumah di bandar Kuantan namun gagal sehingga beliau mengekori lelaki itu ke dalam sebuah kereta Myvi. Di dalam kereta itu barulah nyamuk itu dapat menghisap darah lelaki tersebut. Namun begitu, beliau gagal keluar dari kereta tersebut dan telah terkunci di dalamnya. Hinggaplah ia di tepi cermin belakang memerhati persekitaran dan pemandangan indah di sebalik cermin kereta tersebut.

Kerana keletihan nyamuk itu tertidur seketika. Akhirnya kereta Mywi tersebut meneruskan perjalanannya sehinggalah sampai ke Temerloh. Ketika sedar, nyamuk tersebut baru tersedar bahawa kereta Myvi tersebut telah berpatah balik ke Kuantan. Akhinya dalam jam 11.11 pagi kereta Myvi tersebut sampai semula di Kuantan.

Suatu ketika bila kereta tersebut terhenti sebentar sebelum R&R Temerloh. Rupa-rupa berlaku kemalangan antara sebuah Hilux dengan sebuah kereta Preve menyebabkan lalulintas terhalang seketika. Ia melibatkan kecederaan kaki kanan pemandu kereta Preve dan kecederaan tangan kiri penumpang hadapan Preve tersebut; manakala tiada kecederaan pemandu Hilux tersebut.

Akhinya dalam jam 11.11 pagi kereta Myvi tersebut sampai semula di Kuantan. Nyamuk akhirnya dapat keluar dari kereta Myvi tersebut bilamana lelaki tersebut membuka pintu Myvi tersebut. Bila bertemu dengan kawan-kawannya, nyamuk tersebut memberitahu ianya telah sampai di Temerloh. Hal ini diketawakan oleh kawan-kawannya, mana mungkin seekor nyamuk boleh terbang pergi dan balik dari Kuantan ke Temerloh dalam masa 4 jam sahaja.

“Hang cuba terbang dari sini ke depan sana kemudian hang patah balik…Aku nak tengok berapa laju kau boleh terbang”, aju seekor nyamuk lain. Nyamuk tersebut gagal lalu terjatuh ke lantai disebabkan terkena angin kipas yang kuat.

“Hang ni memang gila…Baru kena tiup angin kipas dah jatuh…Aku memang tak percaya hang boleh terbang pergi balik Kuantan-Temerloh dalam tempoh 4 jam”.

Tanpa sempat menerangkan kejadian sebenarnya…Seekor nyamuk lain mencelah…”Hang mesti lalu R&R Temerloh tadi…Cuba bagitahu aku apa yang berlaku sebelum R&R Temerloh pagi tadi…Aku dapat berita ni pun dari jiran sebelah yang kerja towing kereta bila dia bergegas nak ambil job tu…Tapi jauh jugak dari Kuantan ni bimbang orang lain dah ambik job tu…Berita ni belum viral lagi dan hanya aku yang tahu berita ni”, tambah nyamuk lain tersebut.

“Ada kemalangan antara sebuah Hilux dengan sebuah kereta Preve sebelum R&R Temerloh dalam pagi tadi. Kaki kanan pemandu kereta Preve dan tangan kiri penumpang hadapan Preve tersebut cedera jugak. Pemandu Hilux tu pulak tak cedera apa-apa. Hang kalau nak tahu nombor pendaftaran dua-dua kenderaan tersebut pun aku masih ingat”, panjang lebar nyamuk tersebut bercerita kerana ia masih ingat benar peristiwa tersebut yang berlaku di depan matanya.

Namun, semua nyamuk tidak percaya bahawa seekor nyamuk rakannya telah pergi balik dari Kuantan-Temerloh dalam tempoh 4 jam sahaja. Disebabkan dikatakan gila dan diketawakan…nyamuk tersebut tidak sempat menyatakan cerita sebenar ia bukan terbang tetapi “diperjalankan” oleh sebuah kenderaan berjenama Myvi…

Allah hu aqlam…Terima kasih penceritaan dari Ustaz Don Daniyal berkaitan Isra’ & Mikraj dalam YouTube…https://youtu.be/1Yr0ce9Ic9I...(minit 47 hingga 53).


OLEH :-                                            

Mr Jayess11 @ Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)

09 Disember 2020 bersamaan 24 Rabiul Akhir1442 Hijrah


No comments:

Post a Comment