Thursday, 3 December 2020

PENGECUALIAN KAJIAN PASARAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Arahan Perbendaharaan 169 mensyaratkan kajian pasaran dibuat bagi setiap perolehan Kerajaan. Namun begitu, semakan pekeling terbaru di laman web Kementerian Kewangan mendapati terdapat dapat beberapa perolehan yang mengecualikan kajian kajian pasaran dibuat berkuatkuasa 15 Julai 2019 iaitu:

1.Perolehan Majlis Rasmi Kerajaan kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.1

2.Perolehan Kemudahan Latihan Secara Pakej kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.2

3.Perolehan Latihan Anjuran Kerajaan/ Swasta– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.3

4.Perolehan Penginapan, Makan Minum dan Tugas Rasmi Dalam Negeri– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.4

5.Perolehan Makan Minum Untuk Mesyuarat Dalaman– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.5

6.Perolehan Pangkalan Data, Jurnal dan Maklumat ICT Secara Atas Talian– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.6

7.Perolehan Lanjutan Kontrak Lanjutan dan Naiktaraf Rangkaian ICT– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.6

8.Perolehan Penyelenggaraan Kenderaan Jabatan– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.8

9.Perolehan Bahan Bakar– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.9

10.Perolehan Percetakan Warta Kerajaan Dengan PNMB– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.10

11.Perolehan Surat Khabar dan Majalah– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.12

12.Perolehan Penyelenggaraan Aircond kurang RM20,000 dalam setahun– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.13

Allah hu aqlam…

OLEH :-                                            

Mr Jayess11 @ Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)

04 Disember 2020
bersamaan 19 Rabiul Akhir1442 Hijrah

No comments:

Post a Comment