Para 14, Perintah Am (GO) Bab G ada menyatakan
Pegawai-pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P iaitu Gred 41 dan ke atas)
adalah tidak layak untuk mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa (overtime).
Namun begitu, terdapat beberapa perkhidmatan Kerajaan yang memerlukan Pegawai-pegawai dalam Kumpulan P&P ini melaksanakan kerja melebihi masa waktu bekerja biasa mereka seperti perkhidmatan bomba dan penyelamat, maritim dan polis. Mengambilkira kepentingan ini, Kerajaan Malaysia telah memberi Elaun Khas kepada mereka. Apa yang saya ingat, Elaun Khas RM250.00 telah diberi kepada semua anggota Maritim Malaysia termasuk dalam Kumpulan P&P iaitu Leftenan Muda dan ke atas.
Para 40, Perintah Am Bab C pula menyatakan seseorang pegawai yang telah diberi Elaun Khas ini adalah tidak layak mendapat bayaran kerana bekerja lebihmasa. Peraturan ini adalah terpakai termasuk kepada Pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan (Gred 40 dan ke bawah). Sebab itulah anggota-anggota Maritim Malaysia tidak boleh menuntut elaun kerana bekerja lebihmasa.