Tuesday, 26 February 2013

KAMU TETAP BERHARGA


Putriku,
Seorang motivator memulakan sesi motovasi dengan memegang sekeping wang kertas RM50.00. Dalam bilik seminar yang dipenuhi oleh 200 orang peserta, motivator itu bertanya, “Siapa yang hendak wang kertas ini jika saya bagi percuma?” Kebanyakan daripada peserta mengangkat tangan. Yang tidak angkat tangan cuma peserta yang tidur…(heee…heee…selingan aje).

CERITA TEMPAYAN RETAK

Putriku
Seorang tukang air memiliki dua tempayan. Masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Sunday, 17 February 2013

RAHSIA TARIKH KELAHIRAN

Cabang astrologi bukan cabang seperti astronomi. Astrologi adalah kajian berdasarkan statistik beberapa orang yang diuji atau dianalisa.  Rahsia tarikh kelahiran mengikut ZODIAK ini hanyalah sebagai panduan kepada ahli-ahli psikologi…hee…heee... Benar atau tidak, semak pada diri anda sendiri dulu…Saya lahir pada 21 April iaitu Zodiak TAURUS…Hampir 80% ia adalah sikap saya. Sama ada ia kebetulan…Allahu Aqlam…

Wednesday, 13 February 2013

BECAUSE WE LOVE TOGETHER


Ketika pudar ilham
Tiada cahaya bintang di langit
Sedetik wajahmu dalam bayangan
Muncul kerdipan bintang
Bersama rembulan menerangi kelam
Ku kau ilham...