Putriku
Seorang tukang air memiliki dua tempayan. Masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama tiga bulan hal itu terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja si tempayan yang utuh berasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat membawa setengah air.
Akibat tertekan akan fungsinya, si tempayan retak berkata kepada si tukang air, “Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan saya mohon maaf kepadamu”…
“Kenapa kamu harus malu?” tanya si tukang air…
“Selama tiga bulan ini saya hanya mampu membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana ada keretakan pada sisi saya yang membuat saya bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana keretakan itu, saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan retak.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku mahu kamu memerhatikan bunga-bunga indah sepanjang perjalanan supaya kamu ceria” kata si tukang air…
“Benar… keesokan harinya, sepanjang perjalanan si tempayan retak memerhatikan bunga-bunga indah sepanjang perjalanan di sisi jalan dan membuatkannya sedikit terhibur. Namun, pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawa telah bocor dan sekali lagi ia meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Lalu si tukang air bertanya kepada tempayan retak, “Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada sekuntumpun bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang utuh?
“Itu kerana aku menyedari akan kekuranganmu dan aku memanfaatkannya untuk kebaikan. Aku telah menanam benih-benih bunga sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu menyirami benih-benih itu. Selama tiga bulan ini aku telah dapat memetik bunga-bunga itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpamu, sebagaimana yang kamu ada, majikan kita tidak akan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang.”
Putriku,
Setiap manusia adalah tidak sempurna. Kita semua adalah tempayan retak. Jika kamu dapat memanfaatkan kekuranganmu dan aku dapat memanfaatkan kekuranganku, tidak ada yang terbuang di mataNYA. Dalam kelemahanmu dan kekuranganku, kita menemukan kekuatan kita. Aku menerima teguranmu kerana aku tempayan retak, cuma pendekatannya sahaja perlu kau perbaiki…
OLEH,
Jayess11 @ Fadzli Hisyam @ Ay
27 Februari 2013
No comments:
Post a Comment