Sunday, 17 February 2013

RAHSIA TARIKH KELAHIRAN

Cabang astrologi bukan cabang seperti astronomi. Astrologi adalah kajian berdasarkan statistik beberapa orang yang diuji atau dianalisa.  Rahsia tarikh kelahiran mengikut ZODIAK ini hanyalah sebagai panduan kepada ahli-ahli psikologi…hee…heee... Benar atau tidak, semak pada diri anda sendiri dulu…Saya lahir pada 21 April iaitu Zodiak TAURUS…Hampir 80% ia adalah sikap saya. Sama ada ia kebetulan…Allahu Aqlam…

AQUARIUS 
(21 JAN-20 FEB)
1.    Mudah jatuh cinta kepada individu yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan tidak mengada-ngada.

2.    Mudah untuk melupakan rasa cintanya terhadap orang yang dicintai sekiranya mereka telah dikhianati.

3.    Setia pada yang satu, jika ada pun mereka hanya ingin mencuba “market”.

4.    Pandai mengambil hati pasangan sekiranya mereka secara tidak sengaja melukai hati pasangannya.

5.    Mereka sebenarnya seorang yang romantik tetapi tidak pandai menunjuk kepada pasangan.

6.    Mempunyai sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangan tetapi tidak kisah sekiranya pasangan juga cemburu kepadanya.

7.    Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.

8.    Mempunyai masa depan yang cerah.

PASANGAN IDEAL:
  ARIES, CANCER, VIRGO & SAGITTARIUS.

PISCES (21 FEB-20 MAC)

1.       Golongan ini biasanya sukar untuk jatuh cinta tetapi mudah untuk mengkhianati pasangan.

2.       Mempunyai rasa hormat yang tinggi pada pasangan.

3.       Pandai memikat pasangan terutamanya mereka yang suka merajuk.

4.       Pandai menjaga perhubungan yang dibina dan nekad untuk bersama dengan pasangannya.

5.       Seorang yang sangat romantik terhadap pasangan sekiranya tidak sengaja.

6.       Pandai menjaga hati pasangan dan tidak akan melukakan hati pasangan sekiranya tidak sengaja.

7.       Kurang beremosi dan pandai mengawal perasaan jika berlaku pertengkaran.

8.       Sentiasa menjaga penampilan diri agar kelihatan kemas dan bersih.

9.       Suka mencari pasangan yang pandai berdikari.

PASANGAN IDEAL:
GEMINI, LIBRA, SCORPIO & CAPRICON.
ARIES (21 MAC-20 APRIL)

1.       Pandai memikat hati pasangan.

2.       Selalu bersabar dengan pasangan kerana ingin sentiasa bersama dengan pasangannya.

3.       Golongan ini sebenarnya amat pemalu untuk meluahkan isi hati terhadap pasangan.

4.       Sekiranya hubungan yang dibina putus di tengah jalan, mereka sukar untuk melupakan pasangan yang dicintai.

5.       Mereka sentiasa menjaga perhubungan yang telah dibina dengan sebaik mungkin.

6.       Mempunyai perasaan cemburu tetapi masih boleh dikawal.

7.       Seorang yang sangat manja dan selalu memerlukan perhatian dari pasangannya.

8.       Mudah untuk memilih pasangan sekiranya mereka pernah dikecewakan.

9.       Sentiasa mengharapkan keistimewaan atau kejutan dari pasangan.

10.   Kadang-kala sering menuduh melulu tanpa usul periksa.

11.   Selalu berprasangka buruk terhadap pasangan (mungkin mereka pernah dikhianati).

PASANGAN IDEAL:
AQUARIUS, GEMINI, SCORPIO  & CAPRICORN.


TAURUS (21 APR-20 MEI)

1. Golongan ini amat sukar untuk jatuh cinta dan terlalu cerewet dalam memilih pasangan.

2. Malas melayan benda yang remeh-temeh dan lebih suka mendiamkan diri jika pasangan yang disayangi membuat perangai.

3. Malu untuk meluahkan isi hati terhadap orang yang dicintai.

4. Sentiasa inginkan perhatian dari pasangan dan mereka seboleh-bolehnya akan cuba meluangkan masa untuk orang tersayang.

5. Mempunyai tahap cemburu yang sangat tinggi dalam perhubungan.

6. Emosinya cepat terusik dan mudah terasa.

7. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

8. Seorang yang romantik dan selalu melakukan kejutan istimewa kepada pasangan.

9. Susah melupakan pasangan walaupun pernah dilukai (Memang tak pernah lupakan orang tu…heeee…heeee…).

10.   Seorang yang setia, sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

PASANGAN IDEAL:
TAURUS, CANCER (hee….hee..), SAGITTARIUS & CAPRICORN.


GEMINI (21 MEI-20 JUN)

1. Seorang yang mudah jatuh cinta dan mudah juga untuk meninggalkan pasangan.

2. Mempunyai perwatakan yang baik dan jujur dalam perhubungan.

3. Mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan.

4. Golongan ini mudah merajuk, tetapi senang untuk dipujuk dan melupakan perkara yang telah terjadi.

5. Tidak suka pasangan yang selalu ingin berkepit atau mengada-ngada.

6. Mudah menerima cinta seseorang apabila dirasakan sesuai dengan dirinya.

7. Pandai mengatur masa depan bersama pasangan.

8. Suka mengangankan sesuatu yang indah apabila bersama pasangan.

9. Tidak pandai menunjukkan kasih sayang terhadap pasangan.

10.   Lebih suka pasangan yang pandai berdikari.

PASANGAN IDEAL:
CANCER, LIBRA, SCORPIO & SAGITTARIUS.
CANCER (21 JUN-20 JUL)

1. Pandai menjaga hati pasangan terutama jika dia adalah wanita.

2. Kadang-kala mereka sukar untuk memahami hati pasangan sendiri.

3. Walaupun mudah untuk jatuh cinta tetapi golongan ini terlalu cerewet dalam memilih pasangan.

4. Jika ada perkara yang tidak disukai, mereka lebih suka berdiam diri dari mengamuk.

5. Mudah terluka dan merajuk, tetapi senang untuk dipujuk.

6. Mereka yang lahir bulan ini cepat berasa bosan dalam percintaan yang memakan masa yang lama.

7. Kurang yakin dalam perhubungan dan selalu berprasanga buruk.

8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang lain.

9. Selalu dahagakan pujian dari pasangan.

PASANGAN IDEAL:
AQUARIUS, ARIES, TAURUS (hehe..he & VIRGO.
LEO(21 JUL-20 OGOS)

1. Suka apabila selalu didampingi oleh pasangan.

2. Kadang-kala sukar untuk difahami.

3. Sentiasa menjaga maruah diri, keluarga, pasangan dan perhubungan.

4. Mudah dipujuk dan sentiasa berterus terang.

5. Amat menghargai kesetiaan pasangan.

6. Suka merajuk dan suka juga dipujuk (Ye ke? Meh pujuk…heee..heee….).

7. Seorang yang setia terhadap pasangan (Excellent!!!).

8. Suka mendengar kata dan tidak suka membantah.

9. Cemburu tetapi masih boleh dikawal.

10.   Sentiasa menjaga hubungan terutamanya apabila sudah lama bercinta.

PASANGAN IDEAL:
GEMINI, CANCER & LEO.



VIRGO(21 OGOS-20 SEPT)

1. Tidak serius dan selalu mengambil mudah dalam perhubungan.

2. Walaupun begitu, mereka seorang yang setia terhadap pasangan.

3. Pandai merancang masa depan dengan orang tersayang.

4. Suka memujuk apabila si dia merajuk.

5. Golongan ini tidak segan menegur pasangan jika dia tidak suka apa yang dilakukan oleh pasangannya.

6. Boleh dikatakan mereka seorang yang romantik, penyabar dan penyayang,

7. Seorang yang agak kelam kabut dalam perhubungan.

8. Sukar mencari pilihan yang tepat dan seringkali bertukar pasangan.

9. Sangat sensitif dan mempunyai tahap cemburu yang minimum.

10.   Mudah untuk meluahkan perasaan cinta kepada sesiapa sahaja yang berkenan di hati.

PASANGAN IDEAL:
AQUARIUS, CANCER, SCORPIO & CAPRICORN.
LIBRA(21 SEPT-20 OKT)

1. Pandai menjaga tingkah laku dalam perhubungan.

2. Sentiasa bertolak ansur dengan pasangan.

3. Suka mengkritik apabila ada yang tidak kena di mata mereka.

4. Sangat prihatin dan mengambilberat terhadap orang tersayang.

5. Memahami pasangan apabila mereka sibuk ataupun memerlukan pertolongan.

6. Seorang yang sangat sensitif dan beremosi.

7. Tidak teragak-agak untuk meninggalkan si dia yang curang.

8. Kurang menunjukkan perasaan cintanya terhadap pasangan.

9. Sukar untuk memaafkan dan melupakan apa yang terjadi sekiranya hati telah terluka.

10.   Pandai berdikari dan hardworking.

PASANGAN IDEAL:
ARIES, CANCER, SCORPIO & SAGITTARIUS.



SCORPIO (21 OKT-20 NOV)

1. Mereka akan cuba menjaga perhubungan yang telah dibina dengan sebaik mungkin.

2. Selalu ingin perhatian daripada pasangan.

3. Suka apabila diri disayangi, tetapi jarang menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pasangan.

4. Seorang yang jujur dan jarang berpura-pura mengenai perasaan cintanya.

5. Mudah terluka sekiranya si dia melakukan sesuatu yang tidak disukai.

6. Kadang-kala sukar untuk menerima pandangan orang lain.

7. Seorang yang romantik, penyayang dan penyabar.

8. Sentiasa mengharap kejutan istimewa daripada pasangan.

9. Mempunyai tahap cemburu yang sangat tinggi dalam perhubungan.

PASANGAN IDEAL:
AQUARIUS, PISCES, TAURUS, GEMINI, SCORPIO, SAGITTARIUS & CANCER.

SAGITTARIUS 
(21 NOV-20 DIS)
1. Golongan ini sukar untuk jatuh cinta tetapi mudah beralih arah apabila hubungan itu membosankan.

2. Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.

3. Mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada pasangan.

4. Suka berahsia tidak kira sama ada dengan pasangan ataupun orang lain.

5. Mudah merajuk, tetapi senang untuk dipujuk.

6. Tidak suka dikongkong oleh pasangan.

7. Seorang yang suka mengambil berat terhadap pasangan.

8. Golongan ini tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya kepada pasangan.

9. Tidak suka pasangan yang mengada-ngada. Lebih suka pasangan yang pandai berdikari.

PASANGAN IDEAL:
PISCES, TAURUS,GEMINI & CANCER.
CAPRICON 
(20 DIS-20 JAN)

1. Mudah menerima cinta seseorang apabila dirasakan sesuai untuk dirinya.

2. Walaupun mudah untuk jatuh cinta, tetapi golongan ini cerewet dalam memilih pasangan.

3. Sentiasa dahagakan pujian dari pasangan.

4. Suka apabila sentiasa didampingi.

5. Tidak suka dikongkong.

6. Pandai menjaga hati pasangan dan tidak akan melukakan hatinya secara sengaja.

7. Seorang yang setia, sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

8. Mempunyai sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangantetapi tidak kisah sekiranya pasangan juga cemburu padanya.

9. Malas melayan benda yang remeh-temeh dan lebih suka memendam perasaan jika pasangan yang disayangi membuat perangai.

PASANGAN IDEAL:
ARIES, LEO, SCORPIO, SAGITTARIUS & CAPRICORN.



Oleh:
MrJayess11 @ Fadzli Hisyam @ Ay
17 Februari 2013

No comments:

Post a Comment