Putriku,
Seorang motivator memulakan sesi motovasi dengan memegang sekeping wang kertas RM50.00. Dalam bilik seminar yang dipenuhi oleh 200 orang peserta, motivator itu bertanya, “Siapa yang hendak wang kertas ini jika saya bagi percuma?” Kebanyakan daripada peserta mengangkat tangan. Yang tidak angkat tangan cuma peserta yang tidur…(heee…heee…selingan aje).
“Sebelum saya memberikannya, benarkan saya melakukan ini dahulu…”, motivator itu lantas menggumpal wang kertas RM50.00.
“Siapa masih mahukan wang ini?”, semua mengangkat tangan… “Bagaimana kalau saya buat begini…”, katanya lantas meletakkan wang kertas RM50.00 itu di lantai lalu memijaknya…
Lalu motivator itu mengambil wang kertas RM50.00 yang tergumpal dan kotor itu lantas bertanya…”Siapa masih mahukannya…?”
Semua peserta mengangkat tangan….."Ambillah..." Lalu motivator itu membaling wang kertas RM50.00 itu ke dalam bakul sampah...dan ramai berebut ke sana untuk mengambilnya...
Putriku,
Kita belajar sesuatu daripada kejadian ini…Walau apapun dilakukan kepada wang kertas RM50.00 itu, kita masih mahukannya kerana nilainya masih RM50.00 bukan…?
Sepanjang hidup kita, kita pasti pernah jatuh, diumpat, dikeji dan pandang serong. Pedulikan semua itu!!! Kerana seperti wang kertas itu, kamu masih mempunyai nilai.
Putriku,
KAMU TETAP BERHARGA…
OLEH,
Jayess11 @ Fadzli Hisyam @ Ay
27 Februari 2013
No comments:
Post a Comment