Assalamualaikum…Hari
ini saya nak berkongsi berkaitan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Pekeling yang perlu dirujuk adalah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah.
Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Cara paling mudah nak tahu siapa layak dapat kemudahan ini mudah sahaja, siapa yang dapat Bantuan Insentif Wilayah (BIW) dalam emolumen setiap bulan- layak dapat kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Kena fahamkan betul-betul takrifan keluarga pegawai, wilayah penempatan, wilayah asal dan bandar utama wilayah asal yaa.
Sebagaimana dinyatakan di para 4 (f); Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke hadapan. Para g pula menyatakan pegawai hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan terlebih dahulu di penempatan wilayah baru bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini pada kali pertama iaitu dikira dari tarikh lapor diri. Manakala, kelayakan kali kedua dan seterusnya adalah pada bila-bila masa dalam tahun berikutnya selepas tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatan.
Sebagai contoh En. Alli asalnya dari Kuching, Sarawak sebelum ini bekerja di juga Kuching, Sarawak kena tukar ke Putrajaya. Beliau telah melapor diri pada 11 Mac 2011. Jadi kelayakan kali pertama Tambang Mengunjungi Wilayah Asal beliau ialah bermula pada 12 September 2011 (selepas 6 bulan). Kelayakan bagi tahun 2012 dan seterusnya jika beliau masih di Putrajaya adalah 12 Mac tahun berikutnya seperti jadual berikut:
TAHUN |
LAPOR DIRI |
KELAYAKAN |
2011 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 September 2011 |
2012 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 Mac 2012 |
2013 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 Mac 2013 |
2014 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 Mac 2014 |
Bagaimana pula jika En.
Alli ditukarkan lagi dari Putrajaya ke Johor Bahru pada 05 Ogos 2015. Adakah tarikh kelayakan Tambang Mengunjungi
Wilayah Asal beliau berubah???? Jawapannya kelayakan En. Alli masih kekal pada
tarikh lapor diri di Putrajaya iaitu kelayakan bagi tahun 2014 & 2015 ialah
bermula 12 Mac 2014 & bermula 12 Mac 2015. Ini kerana takrifan wilayah bagi
En. Alli ialah bertukar wilayah dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Putrajaya
dan Johor Bahru adalah wilayah penempatan yang sama di dalam Semenanjung
Malaysia.
Kemudian pada 18 Julai
2016 beliau di tukarkan ke Kota Kinabalu, Sabah dan melapor diri pada tarikh
yang sama. Kelayakan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal beliau telah berubah
seperti berikut:
TAHUN |
LAPOR DIRI |
KELAYAKAN |
2015 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 Mac 2015 |
2016 |
11 Mac 2011 |
Bermula 12 Mac 2016 |
2017 |
18 Julai 2016 |
Bermula 19 Januari 2017 |
2018 |
18 Julai 2016 |
Bermula 19 Julai 2018 |
Kemudian pada 11 Mei
2018 beliau di tukarkan pula ke Labuan (Labuan adalah wilayah berasingan yaa) dan melapor diri pada tarikh yang sama. Ingat...kelayakan asal
beliau bagi tahun 2018 telah berubah seperti berikut:
TAHUN |
LAPOR DIRI |
KELAYAKAN |
2018 |
11 Mei 2018 |
Bermula 12 November 2018 |
2019 |
11 Mei 2018 |
Bermula 12 Mei 2019 |
2020 |
11 Mei 2018 |
Bermula 12 Mei 2020 |
Nampaknya susah juga nak fahamkan kalayakan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal ni. Allahu Aqlam.
Nukilan:
AbeNohara
(Hima Wari’s husband)
05 Ogos 2020 bersamaan 15 Zulkaedah 1441 Hijrah.
No comments:
Post a Comment