Sunday, 20 February 2011

TUKAR TARIKH MASIHI KEPADA HIJRAH

Hari ini, 20 Februari 2011 bersamaan 17 Rabiul Awal 1432 Hijrah adalah ulangtahun kelahiran saya yang ke-39. Saya selalu ingat tarikh 21 April, tetapi saya lupa tarikh ulangtahun saya dalam tahun Hijrah. Ya…surat beranak pun tidak tulis tarikh lahir kita dalam tahun Hijrah. Begini cara kiranya…

1317.663154 (JADUAL 2)  + 75.24037 (73 tahun x 1.03069) + 0.313353 (111 hari [90 HARI + 21 HARI-JADUAL 1] x 0.002823) = 1393.216877
Jadi Tarikh Hijrah adalah =1393
0.216877 x 354 hari = 76.774458 (JADUAL 3) hari dalam bulan Rabiul Awal iaitu tolak 59 hari= 17
Oleh yang demikian, 21 April 1973 bersamaan 17 Rabiul Awal 1393 Hijrah.

Monday, 14 February 2011

NYAWA ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB DIGANTI NYAWA 100 EKOR UNTA

Sempena kelahiran Rasulullah SAW 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan 15 Februari 2011; saya ingin memceritakan kisah bapa baginda, Abdullah yang nyawanya ditebus dengan nyawa 100 ekor unta.
Kisahnya begini, Abdul Mutalib iaitu nenda baginda Rasulullah SAW sebagai penjaga Kaabah telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak lelaki dan beliau bernazar jika beliau mendapat 10 orang anak lelaki, akan beliau korbankan salah seorang daripadanya kepada tuhan. Ditakdirkan beliau telah mendapat 10 orang anak lelaki. Abdullah adalah anak lelaki bongsu Abdul Mutalib iaitu yang ke-sepuluh yang menjadi kesayangan Abdul Mutalib.

Sunday, 13 February 2011

PENENTUAN ARAH KIBLAT

Semasa saya berumur 7 tahun, surau berhampiran rumah saya baru di bina. Ketika itu cara menentukan arah kiblat surau tersebut berdasarkan arah matahari terbenam.  Umumnya, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat; kaedah ini adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari yang terbenam adalah berubah-ubah dan tidak tetap.

Untuk makluman, “istiwa” matahari iaitu matahari berada betul-betul di atas Kaabah hanya akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di dunia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika itu memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Dua tarikh ini sahaja dalam setahun kita boleh menentukan arah kiblat berdasarkan kedudukan matahari hendak terbenam ke arah barat.