Thursday, 29 August 2019

AL-QURAN DAN ASTRONOMI


Alhamdulillah...Akhirnya saya dapat menyenaraikan ayat-ayat Al-Quran AlKarim berkaitan peredaran matahari dan bintang-bintang...MafhumNYA yang bermaksud;
                            Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.
Al-Quran: Al-Buruj Ayat 1-20
5. Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). 
6. Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
Al-Quran: Yunus Ayat 5-6

Wednesday, 28 August 2019

PEMBERIAN GERAN TAHUNAN BERASASKAN KAEDAH KESEIMBANGAN (GTBKK) OLEH KERAJAAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI SEMENANJUNG MALAYSIA


LATAR BELAKANG
1.1.      Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu mengikut peruntukan di bawah Perkara 109 (3); Kerajaan dengan undang-undang memberi  satu pemberian dengan maksud-maksud tertentu kepada mana-mana Negeri mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang itu.

1.2.      Di bawah tafsiran ini, pemberian yang dimaksudkan adalah merupakan satu bantuan dalam bentuk kewangan kepada Negeri (Pihak Berkuasa Tempatan) yang akan diberikan dan ianya diistilahkan sebagai Geran Tahunan Berasaskan Kaedah Keseimbangan (GTBKK).

1.3.  Pemberian GTBKK juga adalah mengikut kepada Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan) 1981 (Akta 245).

Tuesday, 13 August 2019

ZODIAK DAN KEJADIAN 4 MUSIM


Apabila saya meneliti tarikh kelihatan matahari di Zodiak Aries, Cancer, Libra dan Capricorn di Jadual 1; baru saya terperasan ia saling berkaitan dengan kejadian 4 musim dibumi iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk:


ZODIAK

BENTUK

TARIKH KELIHATAN

BILANGAN HARI
ARIES
Kambing biri-biri
21 Mac – 20 April
31
TAURUS
Lembu jantan
21 April – 20 Mei
30
GEMINI
Si kembar
21 Mei – 20 Jun
31
CANCER
Ketam
21 Jun – 21 Julai
31
LEO
Singa
22 Julai – 21 Ogos
31
VIRGO
Gadis yang masih dara
22 Ogos– 22 September
32
LIBRA
Dacing
23 September– 22 Oktober
30
SCORPIO
Kala jengking
23 Oktober– 22  November
31
SAGITTARIUS
Si pemanah
23 November – 21 Disember
29
CAPRICORN
Kambing gurun,
22 Disember– 20 Januari
30
AQUARIUS
Pembawa air
21 Januari – 20 Februari
31
PISCES
Ikan
21 Februari – 20 Mac
28
                              Jadual 1: Tarikh Kelihatan Matahari Di Zodiak

Tarikh-tarikh ini membentuk kejadian 4 Musim yang boleh dijelaskan di Jadual 2:         

TARIKH

HEMESFERA UTARA

HEMESFERA SELATAN
21 MAC
MUSIM BUNGA
MUSIM LURUH
21 JUN
MUSIM PANAS
MUSIM SEJUK
23 SEPTEMBER
MUSIM LURUH
MUSIM BUNGA
22 DISEMBER
MUSIM SEJUK
MUSIM PANAS
                                  Jadual 2: Tarikh Kejadian 4 Musim

Penemuan ini (bagi saya laaa…orang lain sudah tahu lama dah) menguatkan hujah saya sebelum ini di mana saya lebih bersetuju kalender Gregory menggunakan nama-nama Zodiak dan bukannnya April, Mei, Jun, Septem (bermakna TUJUH), Octo (bermakna LAPAN), Novem (bermakna SEMBILAN bukan sebelas) dan Disem (bermakna SEPULUH bukan dua belas). Anda boleh baca dalam blog saya sebelum ini.

Allahu Aqlam.

Nukilan,

Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)
14 Ogos 2019 bersamaan
13 Zulhijjah 1440 Hijrah