LATAR
BELAKANG
1.1. Merujuk
kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu mengikut peruntukan di bawah Perkara 109
(3); Kerajaan dengan undang-undang memberi
satu pemberian dengan maksud-maksud tertentu kepada mana-mana Negeri
mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang
itu.
1.2. Di
bawah tafsiran ini, pemberian yang dimaksudkan adalah merupakan satu bantuan
dalam bentuk kewangan kepada Negeri (Pihak Berkuasa Tempatan) yang akan diberikan dan ianya diistilahkan sebagai Geran
Tahunan Berasaskan Kaedah Keseimbangan (GTBKK).
1.3. Pemberian
GTBKK juga adalah mengikut kepada Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan
Pihak Berkuasa Tempatan) 1981 (Akta 245).
ASAS-ASAS KAEDAH KESEIMBANGAN
2.1. Pada tahun 2006, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat kajian semula formula geran
tahunan ini. Formula yang dirangka
dengan kerjasama Syarikat Perunding GTZ menggunapakai Formula Agensi Teknik Jerman
dengan mengambilkira faktor-faktor fiskal
berikut:-
a)
Keperluan Fiskal 1 iaitu keluasan semasa
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu
b)
Keperluan Fiskal 2 iaitu kadar kemiskinan
semasa Pihak Berkuasa Tempatan itu
c)
Keperluan Fiskal 3 iaitu jumlah penduduk
Pihak Berkuasa Tempatan itu
d)
Keperluan Fiskal 4 iaitu kepadatan
penduduk Pihak Berkuasa Tempatan itu
e)
Keperluan Fiskal 5 iaitu peranan
pembangunan ekonomi; dan ditolak
f)
Keupayaan Fiskal iaitu pendapatan Pihak
Berkuasa Tempatan tidak termasuk Pemberian Kerajaan dan Swasta.
2.2. Sebagai contoh, pemberian geran tahunan oleh Kerajaan Persekutuan
(KPKT) kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Pahang sebelum dan selepas tahun 2006 adalah seperti berikut:-
BIL
|
PBT
|
GTBKK Kerajaan
Persekutuan Sebelum Tahun 2006
(RM)
|
GTBKK
Kerajaan Persekutuan bermula Tahun 2006
(RM)
|
1.
|
Majlis
Perbandaran Kuantan
|
1,005,446.34
|
4,746,403.00
|
2.
|
Majlis
Perbandaran Temerloh
|
526,280.00
|
2,907,320.00
|
3.
|
Majlis
Perbandaran Bentong
|
215,000.00
|
1,168,161.00
|
4.
|
Majlis
Daerah Bera
|
1,207,041.95
|
2,028,384.00
|
5.
|
Majlis
Daerah Lipis
|
215,000.00
|
1,213,815.00
|
6.
|
Majlis
Daerah Jerantut
|
215,000.00
|
1,042,249.00
|
7.
|
Majlis
Daerah Cameron Highlands
|
215,000.00
|
722,137.00
|
8.
|
Majlis
Daerah Raub
|
423,706.44
|
1,377,210.00
|
9.
|
Majlis
Daerah Maran
|
674,052.83
|
1,042,687.00
|
10.
|
Majlis
Daerah Pekan
|
437,512.18
|
1,127,598.00
|
11.
|
Majlis
Daerah Rompin
|
216,433.20
|
870,118.00
|
JUMLAH
|
5,350,472.94
|
18,246,082.00
|
FORMULA AGENSI TEKNIK JERMAN
3.1. Formula Agensi Teknik Jerman
seperti berikut:
15% RF (Risiduum Fiscal) = FN (Fiscal Need) – FC (Fiscal Capacity)
Ringkasnya, RF=FN – FC
FN (Fiscal Need) = ( Penduduk Sebenar [PS] + Faktor-faktor Kardinal dan Wajaran Luas Kawasan, Saiz Penduduk,
Kepadatan Penduduk, Infrastruktur dan Kadar Kemiskinan) [PF] ) x Nilai Asas [NA]
di Semenanjung iaitu RM63.13 seorang setahun
Ringkasnya, FN = (PS+ PF) x NA
FC (Fiscal Capacity) adalah pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan tidak
termasuk Pemberian Kerajaan dan Swasta.
15% daripada Risiduum Fiskal (RF) adalah Geran Tahunan Berasaskan
Kaedah Keseimbangan (GTBKK) Kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung.
3.2. Formula ini digunakan bertujuan membaiki atau mengurangkan jurang
ketidak-keseimbangan agihan hasil Negara dan mengecilkan jurang residuum fiskal
(RF) iaitu perbezaan antara keperluan fiskal (FN) dengan keupayaan fiskal (FC).
3.3. Pengiraan FN adalah
berdasarkan maklumat luas kawasan, kepadatan penduduk, saiz penduduk, peranan
pembangunan ekonomi serta kadar kemiskinan. Berasaskan maklumat-maklumat
tersebut dapat ditentukan faktor kardinal dan wajaran tertentu.
Maklumat-maklumat ini hendaklah disahkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Allah hu Aqlam…
Oleh:
MrJayess11 @ fadzli Hisyam @ Abe Nohara
28 Ogos 2019
Bersamaan 27 Zulhijjah 1440 Hijrah
No comments:
Post a Comment