Alhamdulillah...Akhirnya
saya dapat menyenaraikan ayat-ayat Al-Quran AlKarim berkaitan peredaran matahari dan bintang-bintang...MafhumNYA yang bermaksud;
1. Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.
Al-Quran: Al-Buruj Ayat 1-20
5. Dia lah yang
menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan
Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada
tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan
tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan
adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya
(tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat
sesuatu yang dijadikanNya).
6. Sesungguhnya
pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan
oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan
undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
16. Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai
bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang
melihatnya.
Al-Quran: Al-Hijr Ayat 16
12. Lalu ia
menjadikannya tujuh langit dalam dua hari; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap
langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit yang
dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar
cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah
ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Al-Quran: Al-Fusilat Ayat 12
96. Allah jualah
Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan
malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira
waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah Kuasa penentuan Allah
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
97. Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan
tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
Al-Quran: Al-AnAm Ayat 96-97
16. Dan (ia
mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu
malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Al-Quran: Al-Nahl Ayat 16
5.
Dan sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan
penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu
punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka (Syaitan-syaitan)
azab neraka yang menjulang-julang.
Al-Quran: Al-Mulk Ayat 5
49. Dan Bahawa
sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syi'ra (Bintang Sirius);
Al-Quran: Al-Najm Ayat 49
Oleh:
MrJayess11 @Fadzli
Hisyam @ Abe Nohara
29 Ogos 2019
bersamaan 28 Zulhijjah
1440 Hijrah
No comments:
Post a Comment