Pada Sabtu, 9 November 2018 bersamaan 1
Rabiulakhir 1440 Hijrah iaitu lagi dua hari lagi sebelum final AFF Suzuki Cup
antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Bukit Jalil; kawasan Kuantan, Pahang
Darul Makmur hampir mengalami banjir seperti tahun 2013. Alhamdulillah fonemena
ini tidak terjadi pada tarikh tersebut kerana hujan lebat hanya seketika. Walau
bagaimanapun, pada 13 November 2018 bersamaan 5 Rabiulakhir 1440 Hijrah,
kawasan Cherating, Kuantan telah mengalami banjir kerana hujan lebat tidak
henti-henti dari awal pagi sampai ke malam.
Saya membuat andaian berdasarkan
pemahaman saya tentang astronomi- jika tarikh 9 November 2018 disusuli dengan hujan
lebat tidak henti-henti dari awal pagi sampai ke malam; Kuantan, Pahang juga
akan mengalami banjir besar pada tarikh tersebut. Ini kerana tarikh tersebut
adalah awal bulan Hijrah dimana berlaku air pasang.
Ada yang berpendapat banjir besar akan
berlaku kali kedua di Cherating, Kuantan pada 24 hingga 26 Disember 2018. Saya juga membuat andaian yang sama- banjir kali kedua mungkin berlaku pada tarikh itu kerana waktu itu
adalah pertengahan bulan Hijrah iaitu ketika bulan penuh. Apabila air pasang besar disusuli pula dengan hujan lebat tidak henti-henti dua hari
dua malam; berkemungkinan banjir boleh berlaku pada tarikh tersebut. Minta dijauhkan oleh Allah Taala. Na'uzubi Allah Min Zalik. Apa-apa
pun ini semua Kuasa Allah Taala. Allahu Aqlam.
Sebenarnya air pasang surut terjadi
akibat graviti bulan dan graviti bumi. Kombinasi kedua-dua faktor ini
menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari. Mana mana bahagian
bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan
graviti bulan yang menarik air laut ke atas. Keadaan air laut naik disebut air pasang. Keadaan ini
terjadi dua kali, iaitu pada saat bulan penuh dan awal bulan (anak bulan).
Kawasan bumi yang mengalami bulan purnama, jarak antara air laut dan pusat
bulan lebih dekat daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan.
Akibatnya, graviti bulan menarik air laut lebih kuat daripada bumi. Ini
mengakibatkan air laut sedikit menggembung terhadap permukaan bumi dan jadilah air
pasang besar. Jika kawasan bumi yang mengalami awal bulan pula, jarak air laut
dan pusat bulan lebih jauh daripada jarak antara pusat bumi dengan pusat bulan.
Akibatnya, graviti bulan menarik bumi lebih kuat daripada air laut di bahagian
tersebut. Ini mengakibatkan air laut juga sedikit mengelembung terhadap
permukaan bumi dan terjadilah air pasang tetapi tidak sebesar ketika bulan
penuh.
Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak fonemena
pasang dan surut air laut dengan bulan penuh serta kepentingan mengetahui tarikh awal bulan dan bulan penuh Hijrah memberi
sedikit sebanyak manfaat dan ilmu pengetahuan yang boleh saya kongsikan.
Nukilan,
Abe Nohara (Hima Wari’s husband)
19 Disember 2018
bersamaan
11 Rabiulakhir 1440
Hijrah
No comments:
Post a Comment