Pendahuluan:
Suatu
ketika dahulu (tak la lama sangat), ketika saya membuat akaun dan bekerja di PBT Q; pihak audit meminta saya
membuat peruntukan hutang ragu dan mengakaunkan hutang lapuk cukai taksiran
(cukai pintu). Saya menjelaskan bahawa mengikut Akta Kerajaan Tempatan (Akta
171), cukai taksiran adalah hasil yang tidak perlu dibuat hutang lapuk kerana
PBT Q boleh mensita harta alih pemilik dan dilelong untuk membayar tunggakan
cukai pintu. Walau bagaimanapun, pihak audit menjelaskan hutang lapuk adalah
keperluan perakaunan untuk mengakaunkan hutang yang pasti tidak dapat dikutip
daripada penghutang. Akur dengan pandangan audit, berikut adalah tatcara
mengakaunkan peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk.
Definasi
Ia adalah BELANJA dan boleh menjadi HASIL
Bertujuan memadankan
hasil dengan belanja perniagaan serta menampung satu kerugian perniagaan dalam
bentuk hutang lapuk.
Akan mengurangkan penghutang
di Lembaran Imbangan (Balance Sheet). Aset Semasa: Penghutang – Penghutang
Hutang Ragu.
Pertama
kali
Dt Akaun Untung Rugi (Belanja P&L)
Kt
Peruntukan Hutang Ragu (BS)
Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu:-
Dt Akaun Untung Rugi (Belanja P&L)
Kt
Peruntukan Hutang Ragu (BS)
Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu:-
Dt Peruntukan Hutang Ragu (BS)
Kt
Akaun Untung Rugi (Hasil P&L)
HUTANG LAPUK
Hutang
Lapuk adalah hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang.
Ia adalah BELANJA
Berlaku Disebabkan:
a.
Penghutang tidak mampu membayar hutang
b.
Penghutang meninggal dunia
c.
Penghutang tidak dapat dikesan
d.
Penghutang muflis
Hutang Lapuk ditolak
daripada jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai kerugian
Dt
Hutang Lapuk (P&L)
Kt Penghutang (BS) {Ambil Bersih dengan ditolak
Hutang Lapuk}
Nukilan;
Abe Nohara (Hima
Wari’s husband)
18 Disember 2018
No comments:
Post a Comment