Monday, 17 December 2018

PERAKAUNAN AKRUAN PBT: PENYERAGAMAN KE ATAS DENDA LEWAT CUKAI TAKSIRAN PBT


Pendahuluan

1.   Cukai taksiran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sepatutnya dibayar selewat-selewatnya akhir bulan Februari atau bulan Ogos. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran selepas tarikh tersebut bersama-sama Notis Borang E.



Latarbelakang

2.   Kenaan denda kerana lewat membayar cukai taksiran ini adalah tidak seragam di Pihak Berkuasa Tempatan. Malahan, terdapat juga Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenakan “denda ke atas denda yang terdahulu” dan prinsip ini boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dicabar di mahkamah.


Pelaksanaan

3.         Sehubungan itu, dicadangkan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia perlu mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran yang seragam seperti cadangan berikut:-


TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN


DENDA LEWAT
RM 100.00 DAN KE BAWAH
RM 2.00
RM 100.01 HINGGA RM 200.00
RM 3.50
RM 200.01 HINGGA RM 300.00
RM 5.00
RM 300.01 HINGGA RM 400.00
RM 6.50
RM 400.01 HINGGA RM 500.00
RM 10.00
SETIAP PERTAMBAHAN RM 100.00 BERIKUTNYA
DICAMPUR RM 2.00



Asas-asas Pelaksanaan

4.         Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenakan “denda ke atas denda yang terdahulu” diminta membatalkan pelaksanaan prinsip ini kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dicabar di mahkamah.

5.         Prinsip denda lewat dan “denda ke atas denda yang terdahulu” dapat diperjelaskan dalam contoh berikut:-

5.1.        Denda lewat

Pada 01 Januari 2011, En. Ahmad Bin Ali yang memiliki kilang papan telah dikenakan cukai taksiran oleh Majlis Daerah Q sebanyak RM11,000.00. Walau bagaimanapun, beliau tidak membayar cukai tersebut sehingga 28 Februari 2011. Majlis Daerah Q menyampaikan Notis Borang E menuntut tunggakan cukai RM11,000.00 bersama denda lewat berjumlah RM220.00. Jumlah tuntutan RM11,220.00 ini tidak dibayar oleh En. Ahmad sehingga 30 Jun 2011.
 
Pada 01 Julai 2011, En. Ahmad Bin Ali telah dikenakan cukai taksiran penggal kedua oleh Majlis Daerah Q sebanyak RM11,000.00 lagi. Ini bermakna bil yang dikenakan jika dicampur bil penggal pertama dan denda lewat adalah berjumlah RM22,220.00. Walau bagaimanapun, beliau tidak membayar cukai tersebut sehingga 31 Ogos 2011. Majlis Daerah Q menyampaikan Notis Borang E menuntut tunggakan cukai RM 22,000.00 bersama denda lewat berjumlah RM440.00 berjumlah RM 22,440.00.

Perkiraan:  


TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN


DENDA LEWAT

RM 400.01 HINGGA RM 500.00 (RM     500.00)
                     
                           RM 10.00


SETIAP PERTAMBAHAN RM 100.00 BERIKUTNYA                        (215 x RM 100.00)


215 x  RM 2.00 =RM430.00

JUMLAH                                        RM22,000.00

RM 440.00



5.2.        Denda ke atas denda yang terdahulu

Pada 01 Januari 2011, En. Ahmad Bin Ali yang memiliki kilang papan telah dikenakan cukai taksiran oleh Majlis Daerah Q sebanyak RM11,000.00. Walau bagaimanapun, beliau tidak membayar cukai tersebut sehingga 28 Februari 2011. Majlis Daerah Q menyampaikan Notis Borang E menuntut tunggakan cukai RM11,000.00 bersama denda lewat berjumlah RM220.00. Jumlah tuntutan RM11,220.00 ini tidak dibayar oleh En. Ahmad sehingga 30 Jun 2011.

Pada 01 Julai 2011, En. Ahmad Bin Ali telah dikenakan cukai taksiran penggal kedua oleh Majlis Daerah Q sebanyak RM11,000.00 lagi. Ini bermakna bil yang dikenakan jika dicampur bil penggal pertama dan denda lewat adalah RM22,220.00. Walau bagaimanapun, beliau tidak membayar cukai tersebut sehingga 31 Ogos 2011. Majlis Daerah Q menyampaikan Notis Borang E menuntut tunggakan cukai RM22,220.00 (termasuk denda lewat penggal pertama) bersama denda lewat berjumlah RM446.00 berjumlah RM22,666.00.

Perkiraan:  


TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN


DENDA LEWAT

RM 400.01 HINGGA RM 500.00 (RM     500.00)
                         
RM 10.00


SETIAP PERTAMBAHAN RM 100.00 BERIKUTNYA                        (218 x RM 100.00)


218 x  RM 2.00 =RM436.00

JUMLAH            RM22,200.01 - RM22,300.00

RM 446.00



6.            Walau bagaimanapun, ini adalah cadangan penyeragaman dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memaklumkan penyeragaman ini di dalam Mesyuarat Majlis Penuh masing-masing.



Nukilan;

Abe Nohara (Hima Wari’s husband)

18 Disember 2018 bersamaan
10 Rabiulakhir 1440 Hijrah

No comments:

Post a Comment