Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian, pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar atmosfera bumi, manakala astrologi adalah tindakan berbentuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan bintang.
Saya lahir pada 21 April dan mengikut horoskop Yunani/ Greek, saya berzodiak Taurus dan bukannya berbintang Taurus. Ini kerana zodiak terbentuk daripada gugusan bintang-bintang yang membentuk gambaran binatang atau benda. Taurus, Sagittarius, Gemini dan 9 lagi adalah zodiak bukannya bintang. Zodiak adalah buruj tertentu yang hanya kelihatan pada waktu-waktu tertentu sahaja sepanjang garisan matahari iaitu:-
ZODIAK
|
BENTUK
|
WAKTU KELIHATAN
|
ARIES
|
Kambing biri-biri
|
21 Mac – 20 April
|
TAURUS
|
Lembu jantan
|
21 April – 20 Mei
|
GEMINI
|
Si kembar
|
21 Mei – 20 Jun
|
CANCER
|
Ketam
|
21 Jun – 21 Julai
|
LEO
|
Singa
|
22 Julai – 21 Ogos
|
VIRGO
|
Gadis yang masih dara
|
22 Ogos– 22 September
|
LIBRA
|
Dacing
|
23 September– 22 Oktober
|
SCORPIO
|
Kala jengking
|
23 Oktober– 22 November
|
SAGITTARIUS
|
Si pemanah
|
23 November – 21 Disember
|
CAPRICORN
|
Kambing gurun,
|
22 Disember– 20 Januari
|
AQUARIUS
|
Pembawa air
|
21 Januari – 20 Februari
|
PISCES
|
Ikan
|
21 Februari – 20 Mac
|
Buruj pula adalah gugusan bintang-bintang yang membentuk corak tertentu seperti binatang atau benda seperti contoh zodiak di atas. Oleh yang demikian, selain daripada 12 buruj di atas yang kita namakan zodiak, terdapat banyak lagi buruj-buruj lain di alam semesta ini. Di dalam Al Qur’an juga terdapat surah yang dinamakan Surah Al-Buruj.
1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan;
Dari segi astronomi, zodiak digunakan bagi menentukan hitungan berlalunya waktu sebelum penggunaan kalendar masihi. Buruj juga digunakan sebagai penunjuk arah pada waktu malam ketika di laut atau di padang pasir. Manakala dari segi astrologi zodiak digunakan untuk menentukan untung nasib manusia di mana seseorang yang lahir pada waktu zodiak itu, ramalan untung nasib mereka ditentukan oleh zodiak masing-masing.
Di lain waktu, kita akan kaji zodiak masing-masing berdasarkan kajian astrologi.
OLEH: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam
07 Februari 2011
No comments:
Post a Comment