Tuesday, 8 February 2011

SIFAT ANDA TANAH, AIR, API ATAU ANGIN?

Saya anak ke-lima dan sifat saya adalah tanah. Berikut adalah cara untuk mengenalpasti sama ada sifat anda adalah tanah, air, api atau angin:-
1.        TANAH  - Anak pertama, ke-lima dan ke-sembilan
2.        AIR         -Anak kedua, ke-enam dan ke-sepuluh
3.        API         -Anak ketiga, ke-tujuh dan ke-sebelas
4.        ANGIN   -Anak ke-empat, ke-lapan dan  ke-dua belas


TANAH

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri memang sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ini mampu memberi impak negatif kepada kamu.

Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian.

Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukakan perubahan drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu secara perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata kamu kekalkan kedua-dua keperibadian positif tersebut dan perbaiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

ANGIN

Anda bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan anda individu yang disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya anda sering dikelilingi ramai teman tidak kira tua atau muda.

Sifat manis mulut dan bijak bermain kata-kata mungkin agak membimbangkan sesetengah pihak, namun itulah sifat semulajadi anda yang sukar dikikis.

Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong dari unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
AIR

Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata.

Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa membahagiakan pasangannya.

Tidak hairanlah sekiranya anda memiliki sifat yang agak romantis. Jadi bagi kamu yang masih berseorangan…bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini.
API

Individu yang tergolong dalam kategori unsur api dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara.

Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.




Ini adalah gambaran sifat berdasarkan personaliti kamu. Sebenarnya kamu yang tahu siapa sebenarnya diri kamu???? Betulkan!!!!!

OLEH: jayess11 aka  AY aka Fadzli Hisyam

No comments:

Post a Comment