Monday, 17 December 2018

PERAKAUNAN AKRUAN PBT: PENYERAGAMAN KE ATAS DENDA LEWAT CUKAI TAKSIRAN PBT


Pendahuluan

1.   Cukai taksiran yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sepatutnya dibayar selewat-selewatnya akhir bulan Februari atau bulan Ogos. Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran selepas tarikh tersebut bersama-sama Notis Borang E.



Latarbelakang

2.   Kenaan denda kerana lewat membayar cukai taksiran ini adalah tidak seragam di Pihak Berkuasa Tempatan. Malahan, terdapat juga Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenakan “denda ke atas denda yang terdahulu” dan prinsip ini boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dicabar di mahkamah.


Pelaksanaan

3.         Sehubungan itu, dicadangkan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia perlu mengenakan denda kerana lewat membayar cukai taksiran yang seragam seperti cadangan berikut:-


TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN


DENDA LEWAT
RM 100.00 DAN KE BAWAH
RM 2.00
RM 100.01 HINGGA RM 200.00
RM 3.50
RM 200.01 HINGGA RM 300.00
RM 5.00
RM 300.01 HINGGA RM 400.00
RM 6.50
RM 400.01 HINGGA RM 500.00
RM 10.00
SETIAP PERTAMBAHAN RM 100.00 BERIKUTNYA
DICAMPUR RM 2.00


PERAKAUNAN AKRUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN: PERUNTUKAN HUTANG RAGU DAN HUTANG LAPUK


Pendahuluan:

Suatu ketika dahulu (tak la lama sangat), ketika saya membuat akaun dan bekerja di PBT Q; pihak audit meminta saya membuat peruntukan hutang ragu dan mengakaunkan hutang lapuk cukai taksiran (cukai pintu). Saya menjelaskan bahawa mengikut Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171), cukai taksiran adalah hasil yang tidak perlu dibuat hutang lapuk kerana PBT Q boleh mensita harta alih pemilik dan dilelong untuk membayar tunggakan cukai pintu. Walau bagaimanapun, pihak audit menjelaskan hutang lapuk adalah keperluan perakaunan untuk mengakaunkan hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang. Akur dengan pandangan audit, berikut adalah tatcara mengakaunkan peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk.


Definasi

 Satu anggaran hutang yang tidak dapat dikutip.

Ia adalah BELANJA dan boleh menjadi HASIL

Bertujuan memadankan hasil dengan belanja perniagaan serta menampung satu kerugian perniagaan dalam bentuk hutang lapuk.

Akan mengurangkan penghutang di Lembaran Imbangan (Balance Sheet). Aset Semasa: Penghutang – Penghutang Hutang Ragu.

PERAKAUNAN AKRUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT): TATACARA MENGAKAUN ASET DALAM PEMBINAAN, SUMBANGAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI & PERSEKUTUAN DAN SUMBANGAN KERAJAAN TERTUNDA


TUJUAN

1.      Kertas Cadangan ini adalah bertujuan mencadangkan tatacara mengakaun Aset Dalam Pembinaan, Sumbangan Kewangan Kerajaan Negeri & Persekutuan dan Sumbangan Kerajaan Tertunda melibatkan aset yang dibiayai sama ada dari peruntukan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

LATARBELAKANG

2.         Beberapa istilah penting diperjelaskan seperti berikut:-

2.1.      Aset Dalam Pembinaan

“Aset Dalam Pembinaan” bermaksud pembinaan atau projek yang akan diiktiraf sebagai Aset Tetap apabila ia siap. Ia merupakan aset yang masih di dalam pembinaan atau pembangunan aset yang masih dalam kemajuan sesuatu projek. Lazimnya, sesuatu projek melibatkan aset mengambilmasa melebihi tempoh satu tahun kewangan untuk disiapkan dan dinamakan Aset Dalam Pembinaan atau Aset Dalam Kemajuan atau seumpamanya. Terdapat dua (2) keadaan bagi Aset Dalam Pembinaan bagi PBT iaitu:-

a.    Melibatkan peruntukan PBT sendiri
b.    Melibatkan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan

2.2.      Sumbangan atau Bantuan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjana ekonomi dan kemajuan negara dalam bentuk waran peruntukan dan tunai. Terdapat dua (2) keadaan sumbangan atau peruntukan dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan iaitu: