Sebelum ini saya ada menulis di dalam
blog ini berkaitan Zodiak dari sudut Astrologi. Astrologi meramal untung nasib
manusia berdasarkan kedudukan tarikh kelahiran. Dari sudut Astronomi, Zodiak
digunakan bagi menentukan hitungan berlalunya waktu seterusnya hari di dalam
setahun, malahan sebelum kalender Masihi digunakan selepas itu.
Berjuta-juta tahun dahulu (macam filem
Star Wars pulak) ; tiada bulan-bulan Masihi seperti Januari, April, Julai,
September, Oktober dan lain-lain. Zodiak digunakan sebagai kalender menghitung hari
bermula dari Aries, Taurus, Gemini hinggalah Pisces. Zodiak Pisces yang mana
bersamaan 21 Februari hingga 20 Mac adalah Zodiak terakhir dalam kalender Zodiak
sebelum kalender Masihi diwujudkan. Zodiak Aries yang mana bersamaan 21 Mac
hingga 20 April adalah Zodiak terawal dalam kalendar Zodiak.