Monday, 12 August 2019

ZODIAK DARI SUDUT ASTRONOMI


Sebelum ini saya ada menulis di dalam blog ini berkaitan Zodiak dari sudut Astrologi. Astrologi meramal untung nasib manusia berdasarkan kedudukan tarikh kelahiran. Dari sudut Astronomi, Zodiak digunakan bagi menentukan hitungan berlalunya waktu seterusnya hari di dalam setahun, malahan sebelum kalender Masihi digunakan selepas itu.

Berjuta-juta tahun dahulu (macam filem Star Wars pulak) ; tiada bulan-bulan Masihi seperti Januari, April, Julai, September, Oktober dan lain-lain. Zodiak digunakan sebagai kalender menghitung hari bermula dari Aries, Taurus, Gemini hinggalah Pisces. Zodiak Pisces yang mana bersamaan 21 Februari hingga 20 Mac adalah Zodiak terakhir dalam kalender Zodiak sebelum kalender Masihi diwujudkan. Zodiak Aries yang mana bersamaan 21 Mac hingga 20 April adalah Zodiak terawal dalam kalendar Zodiak.

Penetapan tarikh masihi dengan Zodiak dibuat apabila ahli-ahli Astronomi mendapati kedudukan matahari sebagai contoh pada 21 April 1973 adalah sama kedudukannya pada 21 April 1974, masih sama kedudukannya pada 21 April 1975 iaitu di Zodiak Taurus.

Berdasarkan kajian, ahli-ahli Astronomi mendapati kedudukan matahari di Zodiak Pisces hanya berada selama 28 hari sahaja dan bukannya selama 30 atau 31 hari seperti Zodiak-zodiak lain.

Hitungan hari mengikut Zodiak seperti Jadual 1 dibawah:


ZODIAK

BENTUK

BILANGAN HARI KELIHATAN
ARIES
Kambing biri-biri
31 hari
TAURUS
Lembu jantan
30 hari
GEMINI
Si kembar
31 hari
CANCER
Ketam
31 hari
LEO
Singa
31 hari
VIRGO
Gadis yang masih dara
32 hari
LIBRA
Dacing
30 hari
SCORPIO
Kala jengking
31 hari
SAGITTARIUS
Si pemanah
29 hari
CAPRICORN
Kambing gurun,
30 hari
AQUARIUS
Pembawa air
31 hari
PISCES
Ikan
28 hari
                                  Jadual 1: Bilangan Hari Mengikut Zodiak

Oleh yang demikian, sepatutnya apabila kalender Masihi diwujudkan menggantikan kalender Zodiak, bulan Februari sepatutnya adalah bulan terakhir dan bukannya bulan kedua di dalam kalender Masihi.

Berdasarkan kedudukan pergerakan matahari pada tarikh yang sama setiap tahun; ahli-ahli Astronomi mendapati masa matahari naik dan matahari tenggelam adalah sama setiap tahun. Sehubungan itu, dapatlah dibuat kesimpulan masa waktu solat setiap tempat itu adalah sama pada tahun berikutnya seperti contoh waktu solat di Kuantan di Jadual 2 di bawah:


TARIKH
SUBUH
SYURUK
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
13.08.1989
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2009
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2019
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2025
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2038
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2049
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2057
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2111
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.2324
05:48
07:07
13:16
16:33
19:21
20:32
13.08.1979
05:18
06:37
12:46
16:03
18:51
20:02
13.08.1963
05:18
06:37
12:46
16:03
18:51
20:02

                       Jadual 2: Waktu Solat Di Kuantan, Pahang

Jadual Waktu Solat di Kuantan pada 13 Ogos 1979 & pada 13 Ogos 1973 perlu dikurangkan selama 30 minit kerana penetapan penyelarasan waktu ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri diselaraskan dengan waktu Malaysia Timur mulai 1 Januari 1983. Jam 23:30 pada 31 Disember 1982 di Malaysia Barat ditambah selama 30 minit menjadi 00:00 pada 1 Januari 1983.

Allahu Aqlam.

Nukilan,
Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)
13 Ogos 2019 bersamaan
12 Zulhijjah 1440 Hijrah

1 comment:

  1. Harrah's Casino Las Vegas | Jeopardy, Basketball, And More!
    This page contains a list of all 하남 출장마사지 the top 태백 출장안마 25 games being played at Harrah's Hotel & Casino Las 진주 출장샵 Vegas. · 1. 익산 출장마사지 “Casino Magic” – A game you can play online. 여주 출장샵 · 2. “Casino Vegas” – A

    ReplyDelete