Monday, 12 August 2019

ZODIAK, KALENDAR JULIAN DAN KALENDAR GREGORY

Tahukah anda…Septem (September), Octo (October), Novem (November) dan Decem (December) dalam bahasa Latin bermaksud Tujuh (Septem), Lapan (Octo), Sembilan (Novem) dan Sepuluh (Decem). Namun begitu, kenapa dalam Kalender Gregory yang kita gunakan sekarang ia adalah bulan ke-9, ke-10, ke-11 dan ke-12????

Secara asasnya dari sudut Astronomi; Zodiak, Kalendar Julian dan Kalender Gregory adalah sama di mana ia adalah kalendar berasaskan matahari. Ia berbeza dengan Kalendar Hijrah yang berasaskan bulan (Bahasa Arab: Qamar). Kalendar Julian dicipta oleh Julias Caesar dan Kalendar Gregory yang kita gunakan sekarang dicipta oleh  Father Gregory.

ZODIAK DARI SUDUT ASTRONOMI


Sebelum ini saya ada menulis di dalam blog ini berkaitan Zodiak dari sudut Astrologi. Astrologi meramal untung nasib manusia berdasarkan kedudukan tarikh kelahiran. Dari sudut Astronomi, Zodiak digunakan bagi menentukan hitungan berlalunya waktu seterusnya hari di dalam setahun, malahan sebelum kalender Masihi digunakan selepas itu.

Berjuta-juta tahun dahulu (macam filem Star Wars pulak) ; tiada bulan-bulan Masihi seperti Januari, April, Julai, September, Oktober dan lain-lain. Zodiak digunakan sebagai kalender menghitung hari bermula dari Aries, Taurus, Gemini hinggalah Pisces. Zodiak Pisces yang mana bersamaan 21 Februari hingga 20 Mac adalah Zodiak terakhir dalam kalender Zodiak sebelum kalender Masihi diwujudkan. Zodiak Aries yang mana bersamaan 21 Mac hingga 20 April adalah Zodiak terawal dalam kalendar Zodiak.

Monday, 5 August 2019

PRIVATE FINANCE INITIATIVE (PFI)


Di Malaysia, nama lain PFI adalah PPP: Public Private Partnership (Perkongsian Awam-Swasta). Terma PFI dan PPP digunakan saling bertukar ganti di mana PFI adalah merujuk kepada PPP apabila pembayaran dibuat sendiri oleh pengguna iaitu Kementerian/ Jabatan Kerajaan terus kepada penyedia perkhidmatan/ pembekal/ kontraktor.

Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI) telah diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMke-9) yang memperuntukkan belanjawan negara untuk semua sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010 bagi membiayai projek-projek pembangunan. Dalam masa yang sama, Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan ditubuhkan bagi memacu pembangunan infrastruktur melalui modal swasta.