Tahukah anda…Septem (September), Octo
(October), Novem (November) dan Decem (December) dalam bahasa Latin bermaksud Tujuh
(Septem), Lapan (Octo), Sembilan (Novem) dan Sepuluh (Decem). Namun begitu,
kenapa dalam Kalender Gregory yang kita gunakan sekarang ia adalah bulan ke-9, ke-10,
ke-11 dan ke-12????
Secara asasnya dari sudut Astronomi;
Zodiak, Kalendar Julian dan Kalender Gregory adalah sama di mana ia adalah kalendar
berasaskan matahari. Ia berbeza dengan Kalendar Hijrah yang berasaskan bulan
(Bahasa Arab: Qamar). Kalendar Julian dicipta oleh Julias Caesar dan Kalendar
Gregory yang kita gunakan sekarang dicipta oleh Father Gregory.
Berjuta-juta tahun dahulu (macam biasa…cerita
Star Wars lagi); bulan pertama dalam masyarakat Rom adalah Martius (Mars-Mac).
Nama-nama bulan masyarakat Rom dahulukala seperti Jadual 1 di bawah:
BULAN
|
NAMA BULAN
|
MAKSUD
|
PERTAMA
|
MARTIUS
|
AWAL PEPERANGAN
|
KE-2
|
APRILIS
|
PEMBUKAAN MUSIM BUNGA
|
KE-3
|
MAIA
|
DEWA KESUBURAN
|
KE-4
|
JUNO
|
DEWA KALAHIRAN
|
KE-5
|
QUINTILIS
|
LIMA
|
KE-6
|
SEXTILIS
|
ENAM
|
KE-7
|
SEPTEM
|
TUJUH
|
KE-8
|
OCTO
|
LAPAN
|
KE-9
|
NOVEM
|
SEMBILAN
|
KE-10
|
DECEM
|
SEPULUH
|
Jadual 1: Nama Bulan Masyarakat Rom
Dahulukala
Janus (January) & Februus (February) mula muncul apabila masyarakat Rom lama mengubah (berapa banyak ubah laaa) sistem kalendar dari 10 bulan kepada 12 bulan dalam setahun. Asalnya Janus & Februus menjadi bulan ke-11 & ke ke-12 (betul dahhh); tetapi diubah sekali lagi menjadi bulan pertama dan bulan ke-2 kalendar mereka. Namun begitu; bulan Septem, Octo, Novem & Decem telah menjadi bulan ke-9, ke-10, ke-11 & ke-12 walaupun berbeza maknanya.
Secara praktikalnya, saya lebih menyenangi kalender matahari menggunakan nama-nama berasaskan nama Zodiak dan bukannya nama seperti April, Mei, Jun, Septem (bermaksud TUJUH), Octo (bermaksud LAPAN), Novem (bermaksud SEMBILAN) & Decem (bermaksud SEPULUH)...
Secara praktikalnya, saya lebih menyenangi kalender matahari menggunakan nama-nama berasaskan nama Zodiak dan bukannya nama seperti April, Mei, Jun, Septem (bermaksud TUJUH), Octo (bermaksud LAPAN), Novem (bermaksud SEMBILAN) & Decem (bermaksud SEPULUH)...
Kekeliruan juga berlaku dalam kalender
Gregory di mana sepatutnya 20 haribulan adalah hari terakhir dalam kalender
ini-mengikut kedudukan matahari dalam Sistem Zodiak. Sebagai contoh, 20 April adalah sepatutnya adalah bulan terakhir bulan Mac
dan 21 April adalah bulan terawal bulan April. Saya sedang mengkaji mengapa
Father Gregory tidak menyelaraskan perkara penting ini memandangkan kalendar Gregory
adalah berasaskan matahari yang sepatutnya bersamaan dengan kedudukan matahari
dalam Sistem Zodiak.
Allahu Aqlam.
Nukilan,
Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)
13 Ogos 2019
bersamaan
12 Zulhijjah 1440
Hijrah
No comments:
Post a Comment