Monday, 21 October 2013

BUAT ISTERIKU TERCINTA

Buat isteriku
Terima kasih menawarkan kasihmu 
Yang menuntut sejuta pengorbananmu
Yang mencabar kesabaranmu 
Terima kasih kesetiaanmu…

Monday, 7 October 2013

WANG KERTAS RM100 vs RM1

Sayanggg yang comel lagi manja…  

 Kali ini Abang nak cerita tentang wang kertas RM1 dengan wang kertas RM100…     


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama oleh Bank Negara Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pada wang RM1 dan RM100 adalah sama. Cuma yang membezakan antara mereka hanyalah nilainya. Wang RM100 bernilai 100 kali ganda nilai RM1.   Ketika dicetak mereka bersama tetapi berpisah di bank dan beredar pada masyarakat. Setelah berpisah hampir 7 bulan akhirnya mereka bertemu dengan tidak sengaja dalam dompet seorang pemuda.

Wednesday, 17 July 2013

KISAH ARNAB DENGAN KURA-KURA

Sayang mungkin pernah dengar cerita tentang perlumbaan Arnab dengan Kura-kura yang mana Arnab tertidur lalu Kura-kura yang “slow & steady” telah menang perlumbaan tersebut.

Cerita itu tidak berakhir di sini saja sayang…

Saturday, 16 March 2013

Lelaki Ini- Anuar Zain

Ke manapun langkahku pergi
Kumasih melihat bayangmu cintaku
Dan ke mana arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Wednesday, 13 March 2013

APABILA PEREMPUAN SAYANG LELAKI


Putriku,
Apabila seorang perempuan mencintai seorang lelaki, perempuan merasakan dirinya bertanggungjawab membantu si lelaki berkembang dengan memperbaiki cara lelaki melakukan sesuatu. Perempuan akan terus mencuba atau memberitahu lelaki yang dicintai apa yang patut dilakukan. Perempuan tidak akan melakukan perkara ini jika dia tidak mencintai lelaki itu (terjemahan internet).

Tuesday, 26 February 2013

KAMU TETAP BERHARGA


Putriku,
Seorang motivator memulakan sesi motovasi dengan memegang sekeping wang kertas RM50.00. Dalam bilik seminar yang dipenuhi oleh 200 orang peserta, motivator itu bertanya, “Siapa yang hendak wang kertas ini jika saya bagi percuma?” Kebanyakan daripada peserta mengangkat tangan. Yang tidak angkat tangan cuma peserta yang tidur…(heee…heee…selingan aje).

CERITA TEMPAYAN RETAK

Putriku
Seorang tukang air memiliki dua tempayan. Masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu daripada tempayan itu retak sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh, setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Sunday, 17 February 2013

RAHSIA TARIKH KELAHIRAN

Cabang astrologi bukan cabang seperti astronomi. Astrologi adalah kajian berdasarkan statistik beberapa orang yang diuji atau dianalisa.  Rahsia tarikh kelahiran mengikut ZODIAK ini hanyalah sebagai panduan kepada ahli-ahli psikologi…hee…heee... Benar atau tidak, semak pada diri anda sendiri dulu…Saya lahir pada 21 April iaitu Zodiak TAURUS…Hampir 80% ia adalah sikap saya. Sama ada ia kebetulan…Allahu Aqlam…

Wednesday, 13 February 2013

BECAUSE WE LOVE TOGETHER


Ketika pudar ilham
Tiada cahaya bintang di langit
Sedetik wajahmu dalam bayangan
Muncul kerdipan bintang
Bersama rembulan menerangi kelam
Ku kau ilham...