Wednesday, 9 December 2020

PENGECUALIAN PENGGUNAAN SISTEM e-PEROLEHAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK5.1: Perolehan Secara Elektronik mensyaratkan penggunaan Sistem e-Perolehan (eP) bagi setiap perolehan bekalan atau perkhidmatan. Namun begitu, Perkara 8.1, pekeliling yang sama menyatakan terdapat beberapa perolehan yang dikecualikan penggunaan Sistem eP berkuatkuasa 29 Jun 2018 iaitu:

1.Perolehan Pembelian Tanah/ Bangunan serta Sewaan Bangunan/ Ruang Pejabat/ Stor

2.Perolehan Surat Khabar dan Majalah

3.Perolehan Pangkalan Data, Jurnal dan Maklumat ICT Secara Atas Talian

4.Perolehan yang Melibatkan Bayaran Secara Pukal Seperti Bil Elektrik, Air, Telefon atau seumpamanya

5.Perolehan Melibatkan Mata Wang Asing

6.Perolehan dengan Agensi Kerajaan lain seperti Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan atau Agensi Separa Kerajaan yang lain.


Allah hu aqlam…

OLEH :-                                            

Mr Jayess11 @ Abe Nohara (Hima Wari’s Husband)

10 Disember 2020 bersamaan 25 Rabiul Akhir1442 Hijrah

PERJALANAN SEEKOR NYAMUK

Dikeheningan pagi sekitar jam 7.00 pagi, seekor nyamuk berniat menggigit seorang lelaki di sebuah rumah di bandar Kuantan namun gagal sehingga beliau mengekori lelaki itu ke dalam sebuah kereta Myvi. Di dalam kereta itu barulah nyamuk itu dapat menghisap darah lelaki tersebut. Namun begitu, beliau gagal keluar dari kereta tersebut dan telah terkunci di dalamnya. Hinggaplah ia di tepi cermin belakang memerhati persekitaran dan pemandangan indah di sebalik cermin kereta tersebut.

Kerana keletihan nyamuk itu tertidur seketika. Akhirnya kereta Mywi tersebut meneruskan perjalanannya sehinggalah sampai ke Temerloh. Ketika sedar, nyamuk tersebut baru tersedar bahawa kereta Myvi tersebut telah berpatah balik ke Kuantan. Akhinya dalam jam 11.11 pagi kereta Myvi tersebut sampai semula di Kuantan.

Thursday, 3 December 2020

PENGECUALIAN KAJIAN PASARAN DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Arahan Perbendaharaan 169 mensyaratkan kajian pasaran dibuat bagi setiap perolehan Kerajaan. Namun begitu, semakan pekeling terbaru di laman web Kementerian Kewangan mendapati terdapat dapat beberapa perolehan yang mengecualikan kajian kajian pasaran dibuat berkuatkuasa 15 Julai 2019 iaitu:

1.Perolehan Majlis Rasmi Kerajaan kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.1

2.Perolehan Kemudahan Latihan Secara Pakej kurang RM20,000 dalam setahun dan dengan Institut Latihan Awam (ILA) – Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.2

3.Perolehan Latihan Anjuran Kerajaan/ Swasta– Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 7.3

Wednesday, 16 September 2020

PEROLEHAN KERJA


Perolehan Kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu Perolehan Bekalan, Perolehan Perkhidmatan dan Perolehan Kerja. Mungkin ramai yang yang memang sudah mahir dengan Perolehan Bekalan dan Perolehan Perkhidmatan…tetapi bagaimana dengan Perolehan Kerja? Tidak dapat dinafikan hanya yang pernah terlibat secara langsung dengan perolehan kerja sahaja yang boleh menulis mengenainya. Saya pun hanya tahu perkara asas sahaja…Itupun berdasarkan pengalaman 11 tahun yang lalu semasa menguruskan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)…Menguruskan yaa bukan melaksanakan. Mungkin juga ada yang telah berubah dan jika saya salah tolong perbetulkan yaa…Maklumlah saya bukan seorang Jurutera...Macam lirik lagu "aku menulis bukan kerna nama"...Haaa3x...

Jenis Kerja

Kerja terbahagi kepada 3 iaitu:

 

 i.        Kerja Kejuruteraan Awam (CE) & Kejuruteraan Bangunan (B)

ii.            Kerja Kejuruteraan Elektrikal (E)

iii.          Kerja Kejuruteraan Mekanikal (M)

Wednesday, 5 August 2020

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

Assalamualaikum…Hari ini saya nak berkongsi berkaitan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Pekeling yang perlu dirujuk adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008: Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah.

Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Cara paling mudah nak tahu siapa layak dapat kemudahan ini mudah sahaja, siapa yang dapat Bantuan Insentif Wilayah (BIW) dalam emolumen setiap bulan- layak dapat kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Kena fahamkan betul-betul takrifan keluarga pegawai, wilayah penempatan, wilayah asal dan bandar utama wilayah asal yaa.

Sunday, 14 June 2020

BIL TNB TINGGI MASA PKB/PKPD/PKPB/PKPP


Assalamualaikum…Hari ini 15 Jun 2020 hari ke 15 saya kena tukar ke Putrajaya dari Kuantan termasuk hari cuti Sabtu, Ahad & cuti kelepasan am. Sebabnya memang saya tak balik lagi ke Kuantan semenjak kena tukar ni…Siapa tak rindu isteri…Tetapi apa boleh buat…Kerajaan baru umum boleh rentas negeri bermula 10 Jun 2020 (dah agak dah mesti jem giler kat Tol Gombak dan Bentong)…InsyaaAllah 18 Jun 2020 start cuti jumpa isteri yang dirindui…

Tak lama sebelum ni (baru jer kot) kecoh-kecoh tentang bil TNB tinggi sebab pembaca bil TNB tak datang tengok meter dalam tempoh PKP/ PKPD/ PKPB/ PKPP ni…Malas nak layan sebab masih rindu kat isteri yang jauh…Haaa3x…SEBENARNYA perkara ini saya dah buat perkiraan semenjak TNB nak perkenalkan bil 2 bulan sekali berkonsepkan prorata (prorate) berbanding bil tiap2 bulan sebelum ini lagi…Hasil kajian saya (macam buat tessis PHD pulak) tak rugi konsep prorata TNB ni…Sebelum tu fahamkan dulu JADUAL TARIF DOMESTIK di bawah ini (Oh yaa…Ini tariff domestik biasa sebelum kiraan diskaun yaa oleh TNB semasa PKP diumumkan oleh PM..Kalau ada diskaun lagi rendahlah kena bayar macam kiraan saya paling last tu):


KATEGORI TARIF
JUMLAH TERKUMPUL
KADAR PER kWh
RM
200 kWh pertama
200 kWh
RM0.218
100 kWh berikutnya
300 kWh
RM0.334
300 kWh berikutnya
600 kWh
RM0.516
300 kWh berikutnya
900 kWh
RM0.546
901 kWh selepas itu
901 kWh hingga seterusnya
RM0.571