Arahan Perubahan Kerja (VO) ialah sebarang penyimpangan daripada perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, spesifikasi dan/atau Senarai Kuantiti sama ada dipinda, ditambah atau dikurangkan.
Definasi Arahan Perubahan Kerja boleh dirujuk di Perkara 202, Arahan Perbendaharaan.
Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, setiap perubahan daripada kontrak kerja hendaklah memenuhi kriteria seperti berikut:-
(i) Peruntukan mencukupi;
(ii) Kelulusan Jawatankuasa Sebut Harga diperolehi terlebih dahulu sebelum perubahan kerja dilaksanakan. Seorang daripada ahli Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah terdiri daripada Pegawai Teknikal (bagi sebutharga); dan
(iii) Jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% daripada nilai kontrak atau tidak melebihi RM100,000 mengikut mana yang terendah. Cadangan perubahan kerja terkumpul melebihi 20% daripada nilai kontrak atau RM100,000 hendaklah dirujuk untuk kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu (bagi sebutharga).
Kategori perubahan dan pihak yang diberi kuasa meluluskan Arahan Perubahan Kerja adalah seperti berikut: -
JADUAL I
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK
YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN
NILAI PERUBAHAN
|
PIHAK BERKUASA MELULUS
| |
(a)
(b)
(c)
(d)
|
Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta.
Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM2 juta.
Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 30% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM6 juta.
Dalam semua hal lain.
|
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan yang berkenaan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
|
JADUAL II
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI SEMUA AGENSI
SELAIN JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN
KATEGORI PERUBAHAN
|
PIHAK BERKUASA MELULUS
| |
(a)
(b)
(c )
|
Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 10% daripada nilai kontrak ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM10 juta dan jumlah perubahan kerja yang dicadangkan tidak melebihi RM1 juta.
Jika harga asal kontrak tidak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi 20% ATAU jika harga asal kontrak melebihi RM20 juta dan jumlah perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan tidak melebihi RM4 juta.
Dalam semua hal lain.
|
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam kontrak.
Lembaga Perolehan Agensi.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
|
Ini adalah pandangan dan pengalaman penulis berdasarkan pengalaman & pengetahuannya sendiri SERTA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG LIABILITI. Sila rujuk Kementerian Kewangan Malaysia untuk maklumat lanjut.
OLEH: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam
KPK
ReplyDelete