Rukanah pada zaman Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang jaguh gusti Arab dan ulung. Pada suatu ketika ketika berdakwah, Rasullullah SAW bertemu dengan Rukanah dan mengajak Rukanah beradu kekuatan sebagai jalan mendakwahkan Rukanah. Jika Rasullullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dalam bergusti, Rukanah hendaklah beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Pada zahirnya, Rukanah bukanlah tentangan Rasullullah SAW. Rukanah memiliki badan yang tegap dan sasa serta telah mengalahkan jaguh-jaguh gusti di tanah Arab. Ketika bergusti, Rasullullah SAW berjaya memegang badan Rukanah dan segera membantingnya. Perkara ini amat mengejutkan Rukanah kerana badannya yang tegap sasa berjaya dibanting ke tanah oleh Rasullullah SAW, walhal sebelum ini dialah jaguh gusti yang sukar ditewaskan dan digeruni.
Rukanah tidak berpuas hati dan meminta Rasulullah SAW bergusti sekali lagi. Rasulullah SAW bersetuju dan sekali lagi baginda berjaya membanting Rukanah.
Untuk kali ke-tiganya, Rukanah meminta diulangi sekali lagi pertandingan gusti dan Rasullullah SAW bersetuju. Sama seperti sebelumnya, Rukanah telah berjaya ditewaskan oleh Rasullullah SAW dan kali ini Rukanah mengakui kebenaran Kenabian Rasullullah SAW.
Begitulah kesungguhan Rasullullah SAW berdakwah sama ada dengan ayat-ayat Allah dan perlakuan fizikal berdasarkan iman serta takwa. Inilah salah satu peristiwa di mana seorang ahli gusti Arab yang ulung ditewaskan oleh Rasulullah SAW.
OLEH: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam
No comments:
Post a Comment