Wednesday, 9 February 2011

BON PELAKSANAAN DAN WANG JAMINAN PELAKSANAAN

Bon
Bon Pelaksanaan dan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak.


Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 dan Arahan Perbendaharaan 200.2, hanya kontrak kerja melebihi RM200,000.00 ke atas sahaja dikenakan Bon Pelaksanaan dengan kadar 5% daripada kontrak kerja.

Manakala bagi bekalan atau perkhidmatan pula bagi kontrak melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00 dengan kadar 2.5%. Kontrak bekalan atau perkhidmatan melebihi RM500,000.00 dikenakan kadar 5% sama seperti kontrak kerja. Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan bermasa pula melebihi setahun - sebagai contoh kontrak bermasa selama 3 tahun; Bon Pelaksanaan hanya dikira untuk kiraan 1 tahun sahaja iaitu harga kontrak selama 3 tahun dibahagi dengan 3 tahun.

Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Bank Islam atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Sekiranya kontraktor tidak dapat mengemukakan Bon Pelaksanaan bagi kontrak kerja, kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) hendaklah diguna pakai dengan kadar yang sama.

Menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2004, tempoh sah laku dan bayaran balik Bon Pelaksanaan atau WJP bagi kontrak kerja adalah 12 bulan setelah tamat tempoh tanggungan kecatatan seperti berikut:-



BIL
NILAI KERJA
TEMPOH TANGGUNGAN
KECATATAN
SAH LAKU
BON/ WJP

1

RM200,000.01- RM500,000.00

6 BULAN DARI TARIKH SIAP KERJA

6 BULAN + 12 BULAN= 18 BULAN

2

RM500,000.00 KE ATAS

12 BULAN DARI TARIKH SIAP KERJA

12 BULAN + 12 BULAN= 24 BULAN



Ini kerana jika kontraktor tidak dapat memperbaiki kecatatan, agensi pelaksana boleh membaiki kecatatan tersebut sendiri atau melantik pihak lain membaiki kecatatan dengan menolak daripada Bon Pelaksanaan atau Wang Jaminan Pelaksanaan tersebut.

Bagi kerja-kerja RM200,000.00 dan ke bawah di mana kontraktor tidak dapat membaiki kecatatan, laporan perlu dibuat kepada Perbendaharaan dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk diambil tindakan selanjutnya.

Bon Pelaksanaan dan WJP adalah berbeza dengan Wang Tahanan.  Bon Pelaksanaan dan WJP adalah jaminan yang dikenakan bagi kontrak tempatan, manakala Wang Tahanan dikenakan kepada kontraktor antarabangsa sahaja.

Menurut Perkara 200.3 Arahan Perbendaharaan, 50% daripada Wang Tahanan hendaklah dilepaskan kepada kontraktor selepas perakuan siap kerja diperakukakan, manakala bakinya dipulangkan selepas tamat tempoh tanggungan kecatatan.


OLEH: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam
Selasa, 08 Februari 2011

14 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang menarik.. huhuhu..spp 5/09, pnjang ngat..nak tau berapa caj bon pelaksanaan bg perkhidmatan & kerja-kerja??

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...Mengikut SPP 5/2009, Bon Pelaksanaan hanya dikenakan bagi perolehan bekalan, perkhidmatan & kerja yang melebihi RM200,000.00...Menurut Arahan Perbendaharaan 176.2, caj bagi Bon Pelaksanaan bekalan & perkhidmatan adalah 2.5% bagi perolehan bekalan & perkhidmatan melebihi RM200,000 hingga tidak melebihi RM500,000.00. Caj 5% Bon Pelaksanaan dikenakan jika ianya melebihi RM500,000.00.

    Bagi kontrak kerja pula, caj tetap Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada kontrak kerja dikenakan bagi kerja melebihi RM200,000.

    ReplyDelete
  3. Salam dari http://borak-qs.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam dari http://borak-qs.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Boleh call spnb je utk buat bon

    ReplyDelete
  6. Boleh call spnb je utk buat bon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mintak detail??sbb sy nk buat bon bank ambik masa lama

      Delete
    2. Communication possystems ada LOI/LOA? i can gave you free quote..contact me at 012-9335645/ deanrizqiresources@gmail.com

      Delete
  7. Boleh call spnb je utk buat bon

    ReplyDelete
  8. Boleh call spnb je utk buat bon

    ReplyDelete
  9. Bagaimana dengan pembangunan sistem (application) untuk ICT. Adakah sesuai menggunakan wang tahanan atau bon perlaksanaan. Contohnya harga projek pembangunan sistem RM 200,000.00?

    ReplyDelete
  10. Spnb tu company ke...boleh bagi full detail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Need Guranttee Bond? Need free quote from takaful? Contact me at 012-9335645

      deanrizqiresources@gmail.com

      Delete