Friday, 4 February 2011

Sukan: Berjogging vs Berlari

Berjogging
Berjogging adalah aktiviti fizikal yang bermatlamat meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Kecergasan kardiovaskular bermaksud kemampuan sistem jantung, saluran darah dan paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada otot-otot sewaktu latihan yang melibatkan jangka masa yang panjang. Berjogging adalah aktiviti yang memakan masa yang lama tetapi pada kadar kelajuan yang sederhana.


Berlari
Berlari adalah aktiviti fizikal yang bermatlamat meningkatkan kepantasan. Berbeza dengan berjogging, berlari adalah aktiviti ulangan larian pada dalam jarak tertentu tetapi dengan kadar kelajuan yang laju.

Nah, jadi sebenarnya berjogging adalah sesuai untuk sukan badminton, manakala berlari adalah sesuai untuk sukan bolasepak. Namun dalam konteks sukan sekarang….aktiviti yang merangkumi berjoging diselang seli dengan berlari adalah perlu bagi sukan badminton dan bolasepak…sebabnya format mata dan peraturan kedua-dua sukan ini telah berubah berbanding masa dahulu……Allah Hu Aqlam.

Oleh: jayess11 aka AY aka Fadzli Hisyam

No comments:

Post a Comment